fbpx
sekilau donat

Sekilau Donat Tawar Set Kombo Kopi + Donat Perisa Durian

Kedai donat terbaik di Kuantan, Sekilau Bakery & Cafe atau SEDO memperkenalkan donat perisa durian terbaharu. Musim durian belum habis bro!

Jika sebelum ini SEDO ada menawarkan donat perisa mempelam, sempena musim durian kali ini pula SEDO menawarkan donat berperisa durian. Yang menariknya, donat durian ini menggunakan isi buah durian D24 yang sebenar.

Donat perisa durian ini didatangkan bersama set kombo kopi durian milkshake + 2 biji donat cream cheese durian pada harga RM16.

Peminat durian, anda mesti cuba set kombo ni. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran set kombo kopi dan donat durian ini, anda boleh follow SEDO di Facebook dan Instagram.

Sekilau Bakery & Cafe (SEDO), berlokasi di No 43 Jalan Sekilau 1,Bukit Sekilau, 25200 Kuantan dan satu lagi cawangannya yang terletak di Sungai Karang berhampiran Hotel Swiss Garden Residence. Alamat lengkap, SK-05, Swiss Garden Resort, Kuantan-Kemanan 26100, Kuantan. Dibuka setiap hari dari jam 11.00 am hingga 6.00 pm.

SPONSORED

Baca juga: Produk Vanila Lokal Dari Temerloh Ini Berjaya Tembusi Pasaran Antarabangsa

Related Posts