fbpx
sedo1

SEDO: Kedai Donat ‘Gebu Dan Empuk’ Yang Sedap Di Kuantan

Buat penggemar donat, ini adalah lokasi wajib yang anda perlu tahu di Kuantan.  Dijamin anda tak perlu bimbang tentang rasa, ciri-ciri donat sempurna yang gebu, empuk dan lembut boleh ditemukan di sini.

Sudah tu, bukan saja sedap malah harga pun murah! Kami yakin sekali anda makan mesti nak lagi.

PREMIUM

Baik, kedai yang kami maksudkan ini adalah Sekilau Bakery & Cafe atau singkatannya mesra dipanggil SEDO. Buat pengetahuan anda, walaupun SEDO ini popular dengan kesedapan donatnya yang gebu dan empuk, sebenarnya di sini terdapat banyak lagi makanan lain yang dijual seperti roti dan kek.

Minuman pun ada banyak pilihan, ada kopi ais, Strawbery Milk Shake, Red Velvet Cream Cheese Milk Shake, Coffee Milk Shake, Chocochip Milk Shake, sampai susu pisang Nilofa pun ada jual di SEDO.

SPONSORED

Bila datang ke sini, anda mungkin kemaruk dengan pelbagai pilihan donat yang ada. Rasa macam nak beli semua, tapi takut tak habis. Jadi, ini antara beberapa pilihan yang kami sarankan anda cuba.

Sekiranya ini kali pertama anda di SEDO, donat klasik memang kami syorkan anda cuba. Untuk donat ber topping pula kami suka strawberi, coklat, pop cream cheese dan cheese. Perisa pop cream chese dan chesee ini senang kata memang paling wajib dicuba sebab terlalu sedap! Oh ya, donat perisa mempelam pun ada.

Keseluruhannya, terdapat 33 pilihan jenis donat ber toping, dan 7 jenis untuk donat pop. Harga bermula serendah RM1.30 hingga RM2.80 sebiji.

SPONSORED

Selain menjual donat yang telah siap digoreng, SEDO juga ada menjual donat sejuk beku. Istimewanya, donat sejuk beku SEDO ini tak perlu digoreng lagi. Cukup dengan mengukus semula sahaja untuk anda nikmati donat yang gebu dan empuk. Senang bukan?

Sekilau Bakery & Cafe (SEDO), berlokasi di No 43 Jalan Sekilau 1,Bukit Sekilau, 25200 Kuantan dan satu lagi cawangannya yang terletak di Sungai Karang berhampiran Hotel Swiss Garden Residence. Alamat lengkap, SK-05, Swiss Garden Resort, Kuantan-Kemanan 26100, Kuantan. Dibuka setiap hari dari jam 11.00 am hingga 6.00 pm.

Kalau anda nak tempah donat untuk sambutan hari lahir, majlis perkhawinan atau sebarang acara pun boleh. Hubungi Sekilau Bakery & Cafe: 010-651-6684 atau like SEDO di Facebook dan Instagram.

Related Posts