fbpx

Sejarah Pahang Club, Tapak Pertama Yang Dibina Oleh Orang Inggeris

- Sponsor -

Pahang Club merupakan tapak pertama pihak Inggeris pada awal mereka mentadbir negeri Pahang dan ia merupakan bangunan awal dibina pada tahun 1907.

Pahang Club dibangunkan bertujuan untuk menjadikannya kediaman Hugh Clifford, individu yang mempunyai kuasa di Ulu Pahang namun beliau menetap di Kuala Lipis.

Pada masa itu, Kuala Lipis menggantikan Pekan sebagai ibu negeri Pahang, sekaligus Pahang Club dijadikan kediaman bagi residen British.

- Sponsor-

Pada tahun 1922, pembinaan rumah di Bukit Residen siap sepenuhnya dan Hugh Clifford berpindah ke sana untuk memudahkan beliau mengawal Kuala Lipis. Maka, rumah kelab itu kemudiannya didiami oleh polis British sehingga 1926.

sumber gambar: flickr
sumber gambar: tripadvisor

Setelah ia ditinggalkan, rumah kelab ini dijadikan sebagai kelab khas bagi pegawai British sahaja oleh kerajaan Inggeris sehingga tahun 1957. Menurut Razak, selaku tukang kebun di sini, sesiapa sahaja yang bertandang bukan calang-calang orang.

Mereka perlu berpakaian kemas dan kasutnya harus berkilat seperti lantai yang digilap setiap hari.

Kini, Pahang Club dijadikan salah satu tempat pelancongan dan mendapat sambutan hangat di negeri Pahang, juga individu yang melawat ke sini.

- Sponsor -
- Sponsor -