fbpx
bh

Sejarah Asal-Usul Disebalik Nama ‘Pantai Batu Hitam’ Di Kuantan

Pantai Batu Hitam merupakan salah satu yang popular dikalangan penduduk setempat. Mungkin kerana suasana di sini lebih santai jika hendak dibandingkan dengan Teluk Cempedak, ramai yang memilih untuk berkelah dan menghabiskan waktu hujung minggu mereka di sini.

Banyak tarikan menarik di Pantai Batu Hitam, namun untuk kali ini kami bukan hendak bercerita tentang itu sebaliknya berkisar asal-usul Pantai Batu Hitam ini mendapat namanya. Rasanya orang tempatan sendiri pun masih ramai yang tak pernah dengar kisah ini.

PREMIUM

Kalau difikirkan secara logik, nama Pantai Batu Hitam itu mungkin diambil sempena adanya batu-batu berwarna hitam di sini yang mana ia tidak ada pada kebanykan pantai lain. Boleh jadi betul, tapi tahukan anda bagaimana wujudnya batu berwarna hitam di Pantai ini?

Ini merupakan sebuah kisah silam mengenai Pantai Batu Hitam.

Menurut cerita dari orang lama, nama pantai ini diberikan bersempena sebuah peristiwa besar yang pernah berlaku pada zaman dahulu kala. Al-kisah, pada waktu itu terdapat sebuah kapal besar berlayar di laut pantai ini.

SPONSORED

Cuaca ketika itu sangat buruk. Hujan lebat dan ribut melanda kuat amat dahsyat sekali. Oleh kerana itu, semua penumpang kapal tersebut berdoa agar kapal mereka terselamat daripada karam.

Lalu mereka berdoa serta berserah dari satu tempat ke satu tempat. (mungkin merujuk kepada nama tempat : Berserah).

Dalam waktu meneruskan perlayaran, kapal mereka dipukul ombak yang amat kuat dan karam di tengah-tengah laut. Diceritakan, mayat-mayat yang banyak berbuat dosa akhirnya terdampar ke tepi laut lalu membentuk kelompok batu berwarna hitam.

Selepas daripada peristiwa ini, penghulu kampung di sini mengambil keputusan menamakan tempat ini sebagai Batu Hitam untuk memperingati peristiwa tersebut. Begitulah kisahnya.

SPONSORED

Oleh kerana ia adalah cerita atas cerita, tiada fakta yang sahih dan kami tak paksa untuk anda percaya. Cerita ini adalah sekadar sebuah cerita, tapi menarik juga kalau nak gunakan sebagai bedtime story anak anda.

Baharu-baharu ini sebuah makam dipercayai milik Kerjaan Islam Acheh dipercayai milik seorang puteri bangsawan telah ditemukan di Chenor Pahang

Baca juga: Makam Berukiran Kerajaan Islam Acheh Ditemukan Di Chenor Dipercayai Seorang Puteri

Related Posts