fbpx

Sedap ‘Berlemok’, Aiskrim Gula Apong Di Kuantan Ini Anda Kena Cuba

Sebut bab makan, di Kuantan ini memang sungguh meriah. Agak keterlaluan, tapi kami boleh kata hampir semua makanan di dunia ada di Kuantan. Mungkin perumpaan itu antara paling dekat untuk kami gambarkan betapa syurganya makanan di Kuantan.

Satu lagi antara keunikannya adalah majoriti produk dan jenama di sini dibangunkan oleh orang-orang lokal Kuantan dan Negeri Pahang sendiri tak terkalah setanding yang jenama hebat diluar sana.

Kali ini kami nak kongsi satu lagi destinasi makan yang patut anda terjah jika datang ke Kuantan iaitu Ice Cream Berlemok Gula Apong.

Kedai ini bakal menyajikan anda aiskrim premium dengan resepi unik dari Bumi Kenyalang, aiskrim gula apong. Bercerita mengenai makanan tradisi orang Sarawak ini, anda yang tahu pasti dapat bayangkan kelazatan dan keunikan aroma dan rasa gula apong.

Manis itu mesti, Berlemok itu pasti, slogannya saja cukup untuk gambarkan kelazatan rasa aiskrim gula apong di sini. Bukan setakat itu, kobinasi topping dicampurkan bersama aiskrim dan sos gula apong dijamin rasa lebih puas sebaik aiskrim mencair dalam mulut. Memang padu sungguh!

Oh ya, buat pengetahuan anda aiskrim premium ini bukan sahaja menggunakan gula apong asli dari Sarawak, malah perisa vanila dan cokolat juga diimport khas dari Madagascar dan Belgium.

Maka tak hairanlah kenapa kualiti rasa aiskrim di sini sedap setanding jenama antarabangsa lain.

Berani kata kerana kami dah cuba semua aiskrim. Jika anda bakal datang buat pertama kali, ini antara yang disyorkan.

Ice Cream Berlemok Gula Apong Kuantan ada 3 perisa. Perisa orginal gula apong Sarawak, Dark Chocolate Belgium dan Vanilla Madagascar. Tapi ada juga 2 pilihan kombo lain iaitu Mixed gula apong dengan Dark Chocolate dan Mixed Gula Apong dengan Vanila.

Semua sedap, oleh kerana penggemar aiskrim coklat. Kami syorkan Dark Chocolate, rasa coklatnya memang puas. Berlemak dan sedikit kelat-kelat, memang rasa coklat premium. Untuk perisa vanila dan original gula apong memang tak boleh tak nak cuba, wajib kena rasa!

Untuk topping tambahan, anda 8 semuanya. Paling seronok, setiap pembelian aiskrim diberikan dua pilihan topping secara percuma. Pada kami, topping pilihan yang sedap hingga melompat bila makan aiskrim gula apong bersama madu dan poppin ball.

Memang kick!

Harga pula bermula RM3.90 sehingga RM15.90 bergantung pada saiz cawan kecil atau besar.

Aiskrim sedap yang boleh buat anda rasa gembira ini berlokasi di Balok, Kuantan. Nak lebih mudah dekat atau tepi Petronas Balok. Dengar kata akan datang Ice Cream Berlemok Gula Apong akan buka lokasi kedua di Indera Mahkota pula.

Buat masa sekarang, waktu operasi adalah setiap hari bermula jam 11.00 am sehingga 8.00 pm. Maklumat lanjut boleh follow mereka di Facebook Ice Cream Berlemok Gula Apong Original.

Selamat menjamu selera!

Utama
Akaun
Notifikasi
Koin