fbpx
dapur infaq

Sarapan Roti Tempayan Dan Kari Kambing Percuma Di Kuantan

Untung jadi orang Malaysia, kalau nak makan roti naan tak perlu sampai ke Parsi pun. Di Malaysia boleh kata kita ada semua menu dari seluruh dunia. Salah satunya adalah roti naan atau juga dipanggil roti tempayan.

Buat pengetahuan anda, roti naan atau roti tempayan ini dikatakan berasal dari bumi Parsi (Iran). Sejenis roti tanpa penaik yang dihidangkan bersama kuah dal, kari atau ayam tandori.

PREMIUM

Cakap pasal roti naan ni, kalau anda teringin nak sarapan pagi dengan roti naan dan kari kambing, kami ada lokasi sedap untuk anda cuba di Kuantan.

‘Roti Tempayan Cheese Tarik Tinggi-Tinggi Vs Kari Kambing Letop’, fuh, tengok banner saja pun dah buat kami kecur air liur! Baharu-baharu ini kami sempat cuba dan apa yang boleh kami katakan, slogan yang ada pada banner tu memang wajar dan tak menghampakan.

Kami datang agak lambat, jadi tak sempat nak cuba roti tempayan cheese. Tapi untuk kombo roti tempayan dan kari kambing tu memang padu. Roti lembut dan rasa kari tu memang sedap. Kari ni bukan macam kari resepi India, tapi ke arah kari citarasa melayu. Memang kena betul dengan selera kami, tambah pula ada kambing. Mantap.

SPONSORED

Untuk menu roti tempayan pula, kalau tak silap kami ada 5 pilihan. Roti tempayan kosong, ekstra cheese, roti kambing, roti ayam dan roti daging cincang.

Kalau berminat untuk sarapan dengan roti tempayan kombo bersama kari kambing bolehlah datang ke Dapur Infaq. Berlokasi di Kompleks Dagangan Mahkota, Bandar Indera Mahkota. Landmark mudah, bangunan tepi Hotel Sri Manja.

Dengan syarat, anda perlu datang awal selewatnya sebelum 9.30am. Kedai makan pagi ini mula beroperasi seawal 8.00am hingga 9.30am saja, kalau lewat mungkin hajat untuk sarapan roti tempayan dan kari kambing anda perlu ditunda besok.

Makan Percuma Atau Bayar Suka Hati

Bab ini paling menarik bila anda memilih untuk sarapan di sini. Anda boleh makan percuma atau mahu bayar suka hati!

SPONSORED

Menurut apa yang dimaklumkan kepada kami, Dapur Infaq Ummah ini ditubuhkan oleh NGO Kebajikan dan Badan Amal. Semua pelanggan yang sarapan di Dapur Infaq Ummah boleh sarapan secara percuma atau beri sumbangan. Sekiranya berminat menyumbang, anda boleh buat bayaran seberapa pun dalam tabung khas yang disediakan.

Setiap sumbangan yang diberikan akan disalurkan untuk bantu mereka yang kurang bernasib baik. Antara sumbangan yang telah dijalankan dibawah Dapur Infaq Ummah adalah, program makan anak-anak asnaf IPTA, gelandangan dan orang musafir, dapur Infaq Ramadan serta program ziarah korban dan pembinaan surau di Sabah.

Hanya perlu ‘makan’ untuk bantu mereka yang susah. Jika anda berminat untuk berbuat demikian, bolehlah sarapan di Dapur Infaq Ummah. Paling penting kari kambing di sini memang sedap, tapi kalau lambat habis!

Related Posts