Anda mencari lokasi menarik untuk meluangkan bersama pasangan? Luxury Picnic Cafe boleh jadi solusi kepada masalah anda.
Merupakan satu-satunya ‘Love Cafe’ di Malaysia dan kafe ini bertemakan perkelahan.
Menariknya, kafe baru dibuka ini terletak di tepi sungai dan di atas bukit!
Pastinya memberi pengalaman baru ketika berkelah.


Dibuka pada hari Sabtu dan Ahad sahaja, sesuailah jadi lokasi bersantai bersama pasangan anda di pada hujung minggu.
Luxury Picnic Cafe beroperasi dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Menu istimewa kafe ini terdiri daripada kopi, steamboat dan aiskrim.





Pihak kafe ini juga menyediakan beberapa pakej seperti Birthday Celebration Picnic, Anniversary Celebration Picnic, Engagement Picnic dan Wedding Picnic.