fbpx
- Sponsor -

Rustcamps Glamping Resort, Genting Antara Lokasi Glamping Yang Menarik Dan Unik

Apakah itu glamping? Pernah dengar sebelum ini? Untuk pengetahuan anda, perkataan ini merujuk kepada gabungan perkataan glamorous dan camping maka lahirlah glamping.

Menariknya, penggunaan konsep ini menarik lebih perhatian berbanding konsep perkhemahan yang digunakan sebelum ini. Glamping pastinya memberikan anda pengalaman baru dan berbeza ketika menginap. Sesuailah buat anda yang ingin tidur berbumbungkan bintang serta dikellilingi kehijauan alam semulajadi.

Di seluruh Malaysia, terdapat banyak spot glamping yang boleh anda terokai. Anda hanya perlu datang menginap kerana semua kemudahan sudah tersedia. Tak perlu lagi bersusah-payah bawa khemah dari rumah.

Sumber: PahangHive
Sumber: PahangHive
- Sponsor-

Salah satu lokasi glamping menarik sekitar Malaysia ialah Rustcamps Glamping Resort yang terletak di Genting Highlands, Pahang. Destinasi ini telah meraih skor setinggi 8.3 daripada 97 ulasan pengunjung.

Berbanding kebanyakan spot glamping yang selalunya menawarkan penginapan berbentuk dome, Rustcamps Glamping Resort pula menawarkan penginapan unik berbentuk segi tiga kepada pengunjungnya yang diperbuat daripada kayu. Memang kelihatan seperti sebuah khemah!

Sumber: PahangHive
Sumber: PahangHive

Tidak hanya itu, daya tarikan di sini terletak pada setiap penginapan yang dilengkapi dengan jakuzi peribadi. Ini membolehkan para pengunjung berendam dalam air hangat sambil menikmati pemandangan serba hijau di luar.

Anda boleh lakukan pelbagai aktiviti di sini seperti barbeku, bermain board games, melihat gugusan bintang di langit atau berkumpul mengelilingi unggun api sambil bercerita. Rustcamps Galmping Resort memang sesuai buat anda menjauhkan diri sementara daripada hiruk-pikuk kota.

Untuk maklumat lanjut, boleh lihat di Facebook Rustcamps Glamping Resort dan boleh ikuti Facebook PahangHive untuk lihat lebih banyak destinasi percutian yang menarik di Pahang.

- Sponsor -

Disyorkan