82124063_3357281961009346_5431359674802765824_n

Rumah Rakit, Lokasi Percutian Sungai Yang ‘Awesome’ Di Kuantan

Kuantan menjadi destinasi percutian yang semakin seronok hari ini. Banyak tempat-tempat yang baharu wujud di Kuantan, salah satu di antaranya adalah Rumah Rakit ini.

Berdasarkan perkongsian Tourism Pahang di Facebook, Rumah Rakit ini berlokasi di Sungai Bukit Rangin Kuantan. Penginapan di Rumah Rakit berkeluasan 30 x 40 kaki persegi, dilengkapi dengan 3 bilik tidur, 1 tandas, dan 1 dapur.

Selain daripada itu, tempat BBQ juga ada sediakan. Rumah Rakit Sungai Bukit Rangin lengkap dengan kemudahan elektrik dan selamat untuk kanak-kanak.

Buat yang tercari lokasi percutian sungai yang cool di Kuantan sempena Visit Pahang 2020 kali ini, Rumah Rakit ini mungkin pilihan ideal dan unik untuk anda cuba nanti.

Total
9
Shares
Related Posts