Dalam perjalanan menghala ke pusat bandar Kuantan, pernah tak anda nampak sebuah bangunan lama di hadapan Kompleks Teruntum?
Apakah bangunan itu dan ada apa di situ?
Untuk pengetahuan anda, bangunan lama tersebut merupakan sebuah rumah kayu yang berusia hampir 130 Tahun!
Mempunyai kisah dan sejarahnya tersendiri, rumah kayu itu telah dibaik pulih semula oleh kerajaan negeri Pahang.



Ia kini dijadikan pusat penerangan pelancongan bagi negeri Pahang. Bangunan ini dibuka setiap hari dari jam 9 pagi sehingga 6 petang.
Sungguh indah dan masih tegap berdiri di tengah-tengah bandaraya Kuantan.



Menariknya, pelbagai aktiviti kebudayaan serta kesenian dijalankan di sekitar bangunan ini. Rumah kayu ini juga turut menyediakan perkhidmatan sewa untuk tujuan acara.
Pengunjung yang berminat hadir ke lokasi ini atau berminat untuk mengetahui info lebih lanjut, boleh terus menghubungi 019-965 5528.