Baru-baru ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook MD Jamil Pauzi akan sebuah gambar rumah yang kelihatan begitu usang dan terbiar.
Disangkakan rumah tersebut tidak berpenghuni namun sebaliknya ia didiami oleh sepasang suami isteri yang berbangsa Cina yang dikatakan kurang upaya.
Keadaan persekitaran rumah itu dilihat tidak terurus dan boleh menyebabkan ia menjadi tempat pembiakan nyamuk dan agak merbahaya jika ada binatang berbisa.



Kejadian ini membuka mata beberapa pihak yang turun menghulurkan bantuan kepada pasangan ini. Aktiviti utama mereka adalah gotong-royong dalam membersihkan persekitaran ini.
Diantara agensi yang terlibat adalah Kerajaan Negeri Pahang, Majlis Perbandaran Kuantan dan SWCorp Pahang yang sama-sama membantu gotong-royong walaupun notis yang singkat.
Difahamkan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang dan NGO telah mengambil maklum kes ini dan tindakkan susulan akan dilakukan.



via: MD Jamil Pauzi
Laporan mengenai padang yang kering kontang oleh pemain bola ini mendapat perhatian MPK
Baca juga: Majlis Perbandaran Kuantan Bertindak Pantas Baiki Kondisi Padang Kering