fbpx
rumah abang jamil

Rumah Abang Jamil Ke-4 Bakal Dibuka Tepi Pantai Kuantan Nanti

Seorang ibu mampu menjaga empat orang anak, tapi seorang ayah mampu menjaga empat orang isteri. Walaupun ungkapan tersebut tiada kena mengena dengan rancangan terbaru NikahSatu, namun untuk pengetahuan anda Rumah Abang Jamil ke-4 bakal dibuka berlatarbelakangkan permandangan pantai di Kuantan nanti.

Bermula dengan khidmat menawarkan majlis tunang dan nikah pada harga mampu milik bergayakan eksklusif. NikahSatu nampaknya semakin berkembang maju dengan kehadiran Rumah Abang Jamil.

SPONSORED

Rumah Abang Jamil bukan hanya di Kuantan, namun melusuk jauh ke Johor dan yang terbaru, Abang Jamil akan membuka rumahnya yang ke-4 berlokasi di tepi pantai Kuantan.

Berdsarkan perkongsian mengenai perkara ini, ia diterbitkan sendiri oleh pengasas NikahSatu Naimran Yunus di Facebook beliau.

SPONSORED

Buat anda yang belum tahu, NikahSatu merupakan ‘one stop center’ untuk bakal pengantin mendapatkan semua persiapan majlis perkahwinan dari kad kahwin, jurugambar, hadiah hantaran, goodies , pelamin, lokasi majlis dan segalanya mengenai majlis pernikahan.

Apa yang menarik, semua ini ditawarkan pada harga mampu milik dan boleh booking serendah RM1! Serius. Untuk maklumat lanjut mengenai NikahSatu boleh layari www.nikahsatu.com

Rumah Abang Jamil pula adalah di mana tempat lokasi majlis perkahwinan yang mampu memuatkan lebih ramai tetamu berbanding di studio.

Draf dan konsep Rumah Abang Jamil ke-4 yang bakal dibuka di tepi pantai Kuantan nanti.

SPONSORED

Cool bukan? Jika anda pernah terlepas artikel kami sebelum ini, tahukah anda NikahSatu juga ada menawarkan majlis perkahwinan berlokasikan Air Terjun. Baca di sini.

Harap akan datang NikahSatu cuba mempertimbangkan majlis perkahwinan di dalam gua pula. Memadangkan di negeri Pahang terdapat banyak gua-gua menarik, kami yakin pasti idea ini digemari penyokong Manchester United sebagai lokasi majlis perkahwinan yang unik buat mereka.

Related Posts