fbpx

Royal Pahang Durian Bakal Jadi Kilang Pemprosesan Durian Terbesar Negara


Tidak lama lagi, Pahang melalui Royal Pahang Durian bersama Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) bakal mengendalikan kilang pemprosesan terbesar negara.

Berlokasi di Raub, Pahang, kilang pemprosesan durian terbesar negara itu sepatutnya dijangka beroperasi pada Jun 2021 dengan keluasan tanah 1000 hektar bernilai RM40 juta.

Melalui perjanjian yang dibuat, Royal Pahang Durian Group (RPD Group) dan PKPP akan melabur bersama membina, memiliki dan mengendalikan kemudahan pemprosesan durian yang canggih di Raub, dengan kapasiti pembekuan awal 3,500 tan metrik sebulan.


Tidak hanya itu, ia akan menyediakan teknologi pembekuan kriogenik terkini, barisan mesin pemprosesan berautomasi, keupayaan penyelidikan dan pembangunan khusus dan ruang simpanan dengan kapasiti 7,000 tan.

Secara tidak langsung, Pahang akan menjadi kilang pemprosesan durian terbesar di Malaysia yang memproduksi buah beku, pulpa dan pes tidak lama lagi.

Namun Royal Pahang Durian Produce-PKPP Sdn Bhd (RPDP-PKPP) sebelum ini diheret dalam kemelut bantahan pekebun durian musang king di Raub selepas kebun durian yang diusahakan secara haram di beberapa kawasan di daerah itu diambil kembali oleh kerajaan negeri dan dipajakkan kepada syarikat tersebut.

Sertai kami di saluran Telegram @kuantanloka untuk dapatkan berita terkini dengan lebih pantas atau jadi sebahagian daripada ahli, akses kandungan eksklusif, kumpul koin dan tebus ganjaran menarik. Daftar keahlian di sini.

SumberBHO

Kongsi Artikel Ini

Benda baik kita kongsi

TERKINI

Utama
Akaun
Notifikasi
Koin