roslanmadun

Roslan Madun, Pelantun Lagu Rakyat Pahang Yang Semakin Dilupakan

Harap tak salah kalau kami kata yang generasi hari ini khasnya mereka dari golongan Z dan Alpa mungkin sudah kurang minat dengan lagu-lagu warisan negeri. Kalau dibandingkan lagu-lagu dulu dan sekarang, memang jauh sungguh rentak iramanya. Begitu juga dengan beza ‘nilainya’.

Lagu dulu-dulu bukan sekadar hiburan yang sedap didengar di telinga saja, tapi sarat dengan nasihat, mencerminkan budaya (di sesuatu tempat atau daerah) disamping terselit info pengetahuan dan penceritaan kisah yang menarik.

Lagu sekarang? tepuk dan tanya iman.

Beruntung jadi orang Pahang, sebab negeri Pahang ada banyak lagu-lagu rakyat. Contohnya lagu Menghilir Di Sungai Pahang, Seloka Pak Kadok, Puteri Wanag Seri dan banyak lagi.

Maka amat rugi kalau kita tak pandai nak hargai usaha orang-orang terdahulu. Lihat bagaimana hanya dengan sebuah lagu boleh mengangkat nilai di sesebuah negeri serta mengenalkanya ke seluruh pelusuk dunia.

SPONSORED

Sebagai orang Pahang, kami ucapkan terima kasih tak terhingga kepada tuan empunya suara, Roslan Madun di atas jasa mendendangkan lagu-lagu rakyat Pahang. Semua lagu tu memang ever green, tak jemu didengar dari kecil sampai sekarang.

Buat yang tak pernah mengenalinya, Roslan Madun merupakan pemilik suara kepada banyak lagu-lagu rakyat Pahang yang popular. Antaranya ialah:

  1. Menghilir di Sungai Pahang
  2. Lemak Manis
  3. Muhammad Kekasih Allah
  4. Duka Megat Panji Alam
  5. Nazam Mukjizat
  6. Puteri Wanang Sari
  7. Tun Teja
  8. Tebang Tebu
  9. Wau Wau Pepeh (lagu favorite kita orang)
  10. Seloka Pak Kadok
  11. Gurindam Kasih Ayah Dan Ibu
  12. Gurindam Pelihara Lidah
  13. Gurindam 12 Pasal Purnama
  14. Syair Siti Zubaidah

Roslan Madun dilahirkan di Kg. Durian Tawar, Mengkarak, pada 20 Julai 1952. Beliau mula menyelidik dan mempopularkan lagu rakyat negeri Pahang adalah pada tahun 1981.

Tidak hanya di Malaysia sahaja, malah beliau pernah membuat persembahan di luar negara, iaitu di Singapura (1982), di Padang dan Riau Indonesia (1991), di Fukuoka Jepun (1986) dan di Teajon dan Seoul, Korea (1993).

SPONSORED

Kami percaya, mengekalkan nilai budaya di sesebuah negeri itu amat penting sekali. Ia secara langsung melambangkan identiti, mencerminkan budi pekerti sesebuah masyarakat, memupuk perpaduan termasuk menarik minat pelancong.

Semoga seni budaya sebegini terus kekal dipelihara agar ia tidak mati.Selain lagu warisan, banyak lagi budaya tempatan di Pahang yang menarik untuk diketengahan dan ia adalah peranan semua orang.

Kadang, seni budaya ini bukan tidak diminati golongan anak muda lagi, cuma kurangnya pendedahan secara betul untuk mereka tahu dan minat. Kongsi pendapat anda bersama kami diruang komen di bawah.

Total
0
Shares