fbpx
photo_2020-07-12_01-59-54

‘Roket Night Market’ Lubuk Menyelam Baru Untuk Peminat Bundle Di Kuantan

Pada 1 April 2013, UTC Pahang mula dibuka kepada umum sebagai pusat transformasi bandar yang pertama di Kuantan. Tapak asal UTC ketika ini adalah hasil pengubahsuaian bangunan lama iaitu Terminal Bas Makmur yang bersebelahan dengan Kompleks Makmur.

Semenjak UTC beroperasi, boleh kata Kompleks Makmur ini seakan sebuah bangunan di tengah bandar yang ‘hidup segan, mati tak mahu’. Kompleks Makmur bukan lagi destinasi tumpuan keluarga atau orang ramai seperti kompleks beli-belah lain.

Tapi, semalam kebetulan kami singgah di Kompleks Makmur dan ada perkara baru yang seronok nak kami kongsi bersama anda.

Agak lama kami tidak rasa suasana malam yang meriah di Kompleks Makmur. Kini, bermula 6 petang hingga 12 malam pada setiap hari Jumaat dan Sabtu Kompleks Makmur mula dimeriahkan semula dengan kehadiran komuniti peminat koleksi vintaj dan bundle.

Dikenalkan dengan panggilan Rocket Night Market, di sini anda boleh temukan pelbagai barangan vintaj dan pakaian bundle. Selain itu ada juga peniaga yang menjual aksesori dan cenderahati lokal.

SPONSORED

Kami tak sempat dapatkan info lebih details. Setakat apa yang kami lihat semalam, Rocket Night Market ini hampir serupa seperti konsep yang di bawakan oleh Pasar Karat Kuantan Pickers.

Bagi peminat koleksi barangan vintaj dan bundle di Kuantan, Rocket Night Market ini akan menjadi satu lagi lokasi untuk anda menyelam barangan bundle. Oh ya, selain jalan-jalan cuci mata, di sini juga ada kafe untuk anda lepak mengopi.

Selain itu, di kawasan sekitar Kompleks Makmur ada juga barber shop dan beberapa kedai kecil menjual pakaian dan kasut.

Kami harap idea menghidupkan semula Kompleks Makmur mendapat sokongan ramai. Ia adalah usaha bagus dari komuniti tempatan yang perlu diberi perhatian serta sokongan dari kita semua.

SPONSORED

Usaha ini berpontensi menjadikan Kompleks Makmur sebagai sebuah tempat unik dan menarik khasnya kepada peminat barangan vintaj di Pahang. Jangan lupa dapatkan udpate terbaru dari kami dengan lebih pantas! Sertai saluran Telegram @kuantanloka.

Related Posts