edde

Restoran EdDe Kuantan Tawar 72 Menu Di Bawah Satu Bumbung

Seakan ‘Mekdi Melayu’, mungkinlah itu gambaran yang hampir boleh kami beri kepada anda tentang Restoran EdDe di Kuantan ini.

Buat pengetahuan anda, Restoran EdDe ini memang sudah cukup popular di Kelantan, namun mungkin masih ramai yang tak tahu Restoran EdDe ini juga telah lama beroperasi di Kuantan. Buat yang tak berpeluang ke Kelantan, Restoran EdDe Kuantan boleh berjodoh dengan anda.

Berkonsepkan restoran makanan segera, yang uniknya di Restoran EdDe Kuantan juga tersedia dengan pelbagai jenis menu makanan termasuklah masakan panas dan menu makanan tengah hari. Terdapat 72 menu keseluruhan, semuanya di bawah satu bumbung.

Satu tempat yang sempurna untuk anda meraikan kepelbagaian citarasa. Semua menu di restoran makanan segera boleh didapati di sini seperti burger, meat ball, cheezy wedges dan ayam goreng.

SPONSORED

Menu western pun banyak, ada spageti, chicken chop, chicken grill serta lamb chop. Paling best sebab semua menu ini datang bersama set minuman root beer float!.

Tambah lagi pilihan, di sini juga ada menu lain untuk anda yang kurang gemar makanan western. Menu makanan asia seperti colek kerang, colek perut, colek soton hinggalah gorengan pun ada.

Kepada peminat tomyam, anda wajib cuba tomyam di Restoran EdDe Kuantan. Jujurnya, ini antara tomyam terbaik di Kuantan bagi kami.

Kuah pekat dan penuh bahan. Kalau tak silap, set tomyam yang didatangkan bersama semangkuk tomyam, nasi putih dan telur dadar ini berharga RM10.00. Boleh makan dua orang sampai kenyang.

SPONSORED

Selain itu, anda mungkin boleh cuba set siakap tiga rasa bersama ayam halia, kerabu mangga, tomyam, telur dadar, sayur campur dan nasi putih yang berharga RM75.00. Set ini untuk hidangan 6 orang makan, minuman disediakan secara percuma. Boleh pilih teh o ais atau sirap.

Senang kata, di Restoran EdDe ini memang banyak pilihan makanan. Jika datang pada waktu tengah hari, anda mungkin boleh memilih menu seperti nasi ayam kakwoke, nasi ayam dan mee kari.

Oh ya, nasi goreng pun ada dan paling unik adalah nasi kambing goreng (nasi goreng + kambing goreng), antara pilihan berbaloi untuk anda cuba rasa. Gabungan nasi goreng dan kambing goreng tu memang unik sungguh. Sedap!

Cukup berpuas hati dengan pelbagai tawaran pilihan makanan, Restoran EdDe turut mengutamakan keselesaan pelanggan dan amat mesra keluarga.

SPONSORED

Tempat permainan kanak-kanak di sediakan, kawasan restoran yang luas, tanpa atau berhawa dingin dan mudah pakir. Anda boleh datang, duduk, pesan makanan dan sila enjoy!

Restoran EdDe berlokasi di Perkampungan Indera Sempurna, Kuantan. Lebih mudah anda boleh klik map untuk terus ke lokasi. Untuk tempahan atau urusan lebih lanjut sila hubungi 09-512 4264 atau like Restoran EdDe Kuantan di Facebook.

Total
311
Shares
Related Posts