fbpx

Puteri Ayu, Rempah Dari Pahang Yang Menempah Nama Hingga Ke China

Ramai dikalangan rakyat Malaysia yang sangat berminat dalam bidang perniagaan, lebih-lebih lagi industri makanan dan sudah semestinya mereka yang memasak akan mencari rempah terbaik dalam hidangan.

Di Kuantan, sebuah kilang bumiputera yang menjadi one-stop center untuk pengusaha makanan ataupun anda yang menjadi chef didapur untuk mendapatkan bahan seperti rempah, tepung dan lain-lain.

Puteri Ayu adalah salah satu produk keluaran PJ Foods Industries Sdn Bhd yang telah bertapak dan memulakan perniagaan dari tahun 1985, syarikat yang bermula dari bengkel sebelah rumah ini telah berkembang sehingga kini membuka kilang sendiri.

PJ Foods Industries Sdn Bhd yang menawarkan lebih dari 30 jenis produk seperti rempah kari ikan, kari daging, opor, satay, nasi dagang dan banyak lagi untuk anda jadikan pilihan masakkan.

Menggunakan resepi asli Pahang, anda kini boleh masak makanan yang cukup awesome tanpa perlu risau dengan rasa kerana terbukti mereka mempunyai keistimewaan citarasa Melayu.

Jika dulu untuk menghasilkan masakkan asli dengan rasa yang sedap ini cukup sukar, tapi kini tidak perlu risau lagi kerana Puteri Ayu menawarkan rempah kering dan juga pes yang telah dibuat lengkap tanpa memerlukan bahan lain.

Proses dari bahan mentah sehingga ke bungkusan, produk keluaran bumiputera ini telah mendapat pengiktirafan daripada Mardi dan MeSTI yang menjamin kualiti mereka dijaga dengan baik dalam setiap bungkusan.

Sijil Halal? Jangan risau sebab PJ Foods Industries adalah salah satu pengilang produk makanan yang menerima pensijilan halal daripada JAKIM dan telah mengeluarkan beberapa rempah untuk syarikat terkemuka.

Menggunakan bahan mentah yang diimport dari luar negara, mereka mempunyai kepakaran dan teknologi cukup lengkap untuk menghasilkan produk berkualiti. Puteri Ayu kini menempah nama di pasaraya dan pasar tani dan dalam musim PKP ini anda boleh dapatkan produk mereka di Shopee dengan lebih mudah.

Menjadi usahawan di bawah Mardi, Puteri Ayu telah banyak menyertai program-program ekspo di luar negara seperti Hong Kong, Brunei, Indonesia, China dan beberapa negara lain dalam mempromosikan masakkan Malaysia.

Selain daripada membekalkan produk rempah Puteri Ayu, mereka juga pada masa yang sama mengambil tempahan untuk Original Equipment Manufacturer (OEM) kepada anda yang mungkin berminat untuk menghasilkan rempah sendiri atau membeli secara pukal.

Jadi mungkin dikalangan pembaca yang berminat untuk mengkormesialkan resepi turun temurun, PJ Foods Industries adalah pilihan terbaik untuk anda bermula kerana dengan kepakaran dan kualiti yang ada, anda juga mampu menjadi usahawan.

Kami yang sempat mencuba sendiri resepi masakkan menggunakan rempah dari Puteri Ayu, memang sedap dan memenuhi citarasa. Kami di KUANTANLOKA sangat mengkagumi PJ Foods Industries kerana menjadi salah satu pengilang industri makanan terbesar dari Pahang.

Jadi dimana anda boleh dapatkan produk keluaran mereka?

Lokasi: No 32, Jalan IM14/6, Taman Industri Ringan Sektor 3, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang

Lokasi Pengedar Utama: Tunas Puteri Mart (TPM), Indera Mahkota 15

Hubungi: 09 508 1565 / 09 508 1040

atau follow Puteri Ayu di laman Facebook dan Shopee mereka!

Utama
Akaun
Notifikasi
Koin