fbpx
106790675_935885266926484_4898678630942815455_o

Air Jernih Dan Tempat Bersih, Lata Kawah Jerantut Ini Buat Kami Kata ‘Pergh’

Yang menariknya di Pahang ni, kesemua daerah ada sungai, air terjun, lata ataupun pantai yang menjadi tarikan pengunjung tempatan. Kali ini, KUANTANLOKA nak kongsikan salah satu tempat menarik iaitu Lata Kawah yang terletak di daerah Jerantut.

Apa yang istimewa dengan Lata Kawah ni? Disebabkan tempat ini berada di kawasan Ulu Cheka, ia menjadi salah satu tempat wajib dikunjungi bagi para pengunjung kerana bukan sahaja kaya dengan keindahan alam semula jadi tetapi sangat sesuai dijadikan kawasan rekreasi bersama keluarga.

Air yang jernih, hutan yang menghijau dan juga fasiliti yang baik menjanjikan kepuasan sepanjang hari.

GAMBAR: FACEBOOK IDA RAYYAN

Yang lebih menarik lagi tentang Lata Kawah ni, anda juga boleh melakukan pelbagai aktiviti lain di kawasan ini kerana ia merupakan destinasi berkonsepkan eko pelancongan.

Aktiviti seperti mendaki Gunung Benum,Gunung Jubar,Gunung Tungku serta Bukit Bongkok.Selain itu,pengunjung juga dapat melakukan aktiviti berkelah seperti di Air Terjun Lata Bujang,Lata Berembun,Lata Jeneruh dan juga Lata Lemang

GAMBAR: FACEBOOK BERITA PAHANG
GAMBAR: FACEBOOK BERITA PAHANG
GAMBAR: FACEBOOK BERITA PAHANG
GAMBAR: FACEBOOK BERITA PAHANG
SPONSORED

Difahamkan, kalau berkunjung pada tarikh yang tepat, anda dapat merasi keenakkan durian yang fresh dari dusun. Yang merancang nak pergi ke kawasan ini jangan risau kerana terdapat khidmat pemandu pelancong yang disediakan.

Boleh lawati ke Facebook Persatuan Pemandu Pelancong Mukim Ulu Cheka

via: Berita Pahang

Related Posts