fbpx

Rancangan Pembinaan Semula Lombong Bijih Timah Dan Pawagam Di Sungai Lembing

- Sponsor -

Seperti yang kita tahu, Sungai Lembing menyimpan banyak sejarah yang perlu dijaga dari generasi ke generasi lain.

Selain itu, Sungai Lembing juga merupakan destinasi pilihan bagi aktiviti pelancongan oleh kerana ia mempunyai banyak tempat menarik jika diterokai.

Perlu diketahui bahawa panggung wayang pertama dibina di Sungai Lembing dan tempat ini juga mempunyai kawasan perlombongan bijih timah terbesar.

- Sponsor-

Ahli Parlimen Paya Besar, Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah bercadang untuk membangunkan semula lombong bijih timah, termasuklah panggung wayang PCCL.

Katanya, beliau akan berusaha semaksima mungkin bagi menjalankan pembangunan ini, menerusi laman Facebooknya ketika beliau mengadakan lawatan ke tapak kawasan lombong bijih timah dan panggung wayang itu.

Diharapkan apa yang dirancang ini boleh membantu dalam pembangunan ekonomi di Sungai Lembing.

- Sponsor -
- Sponsor -