“Permainan samseng yang dimainkan oleh budiman” itulah kata-kata yang paling sesuai untuk sukan ragbi. Kasar dan ganas itu sudah sinonim dengan sukan ini.
Namun biarlah sifat itu digunakan sebaiknya dalam sukan sahaja berbanding di aplikasikan dalam kehidupan seharian.
Buat ibu bapa jangan pernah takut untuk membenarkan anak anak bermain ragbi. Hal ini kerana sukan ini bukan sahaja membentuk fizikal anak-anak, bahkan menguatkan mental mereka.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jika tidak yakin di mana boleh belajar bermain ragbi secara selamat, di Kuantan ada kelab ragbi Palmyras.


Ditubuhkan pada tahun 2016, kelab ragbi Palmyras terus konsisten untuk menjadi horsepower dari negeri Pahang.
Baru-baru ini, Palmyras dijemput untuk menyertai kejohanan Terengganu Royal 7’s bagi kategori terbuka yang diadakan di Stadium Mini KNST Gong Badak, Kuala Terengganu.
Kejohanan yang disertai oleh pasukan-pasukan dari seluruh Malaysia ini menjadi batu pengukur buat kelab dari Kuantan ini untuk mengetahui di mana kedudukan mereka dalam Malaysia.
Pasukan yang diuruskan oleh En Azman bin Suah ini mempunyai seramai 150 orang pemain yang aktif samada dari negeri Pahang dan juga dari luar negeri pahang. Ada yang masih belajar , ada yang bekerja di sektor professional di negeri Pahang.
Selain dari Palmyras RC, pasukan Sukma Pahang juga menyertai kejohanan Terengganu Royal 7s bagi kategori U-22. Memandangkan Sukma Johor ditangguhkan ke tahun 2024, kejohanan ini dijadikan sebagai pentas kepada pasukan-pasukan sukma dari setiap negeri untuk berentap.
Tahniah buat Sukma Pahang kerana menjadi naib johan kategori plate U22!



Buat peminat ragbi yang berada di Kuantan, latihan Palmyras RC dijalankan pada hari Isnin- Jumaat bermula jam 5 petang di Padang Garuda,Taman Gelora.
Kalau rasa diri tu dah tak mampu untuk bermain, kenapa tidak sokong kelab dari Kuantan ini untuk terus membangun.
Mari kita sokong pembangunan sukan ragbi Pahang! Anda boleh ikuti mereka di Instagram Kuantan Palmyras Rugby Club dan Rugby Malaysia.