fbpx

Pulau Ular, Syurga Tersembunyi Di Kuantan Yang Penuh Privasi, Cantik Dan Menenangkan

- Sponsor -

Kami pernah terbitkan artikel mengenai Pulau Ular sebelum ini. Sebuah pulau kecil di Kuantan ini pada tahun lepas pernah sohor kini dalam komuniti travel Malaysia dek kerana keindahannya yang cantik tak tersentuh pencemaran.

Sekiranya anda pernah terlepas untuk tahu, Pulau Ular berlokasi di Sungai Ular, Kuantan lokasi berhampiran Cherating. Tempat ini sejak kebelakangan ini mula menjadi tumpuan pelancong.

Menariknya, meskipun begitu Pulau Ular masih lagi mengekalkan status sebagai sebuah pulau yang cantik dan privasi, tidak sesak dengan lambakan pengunjung seperti pulau-pulau lain di Malaysia.

Kredit: Facebook Mahthir Che Ahmad
- Sponsor-

Jika anda seorang yang sukakan laut dikelilingan pemandangan hijau bersuasanakan tenang. Ini mungkin antara senarai yang patut dimasukkan dalam senarai bakul anda.

Apa yang menariknya tentang Pulau Ular, ia bakal menjanjikan sebuah pulau yang tenang. Air lautnya berwarna jernih berkaca, tambahan pula dikelilingi hutan-hutan hijau pastinya mendamaikan mata yang melihat.

Ia sangat sesuai buat anda yang suka berkemah, snorkeling dan memancing. Aktiviti lengkap diluangkan bersama keluarga sepanjang hari.

Sekali lagi, seorang pengguna Facebook, Mahathir Che Ahmad berkongsi pengalaman beliau bersama keluarga ketika bercuti di sini. Anda boleh lihat pada rakaman foto yang kami kongsikan di bawah.

Kredit: Facebook Mahthir Che Ahmad
Kredit: Facebook Mahthir Che Ahmad
Kredit: Facebook Mahthir Che Ahmad
Kredit: Facebook Mahthir Che Ahmad
Kredit: Facebook Mahthir Che Ahmad
Kredit: Facebook Mahthir Che Ahmad

Untuk akses ke Pulau Ular perkhidmatan bot pengangkutan disediakan. Atau anda boleh juga menginap di mana-mana challet berhampiran.

Walau kita masih tidak boleh rentas negeri, orang Pahang perlu tenang kerana kita masih anda banyak tempat-tempat menarik untuk bercuti.

- Sponsor -
- Sponsor -