fbpx
featured image sizing

Pulau Ular Kuantan, Pulau Yang Privasi Dan Tenang Tak Ramai Orang Tahu

Bila sebut sahaja pulau yang ada di Pahang ni yang wajib terlintas di fikiran biasanya Pulau Tioman. Tapi anda mungkin belum tahu, di Kuantan, terdapat sebuah pulau yang terletak di Kampung Sungai Ular.

Walaupun namanya Pulau Sungai Ular, anda tidak perlu risau kerana disini bukan tempat habitat haiwan tersebut dan ia hanya nama bagi kawasan Sungai Ular, Kuantan.

PREMIUM

Pulau yang tidak mempunyai sebarang pembangunan ini memang dibuka untuk kunjungan pelancong. Tempatnya yang terletak tidak jauh dari pesisiran pantai. Ia sesuai dijadikan lokasi riadah bagi mereka yang mengimpikan percutian di pulau persendirian.

GAMBAR: FACEBOOK TOURISM PAHANG

Mereka yang datang boleh menginap di resort berdekatan pantai dan perkhidmatan bot juga turut disediakan untuk mereka yang ingin berkunjung ke sana. Bermula dari hanya RM 15 untuk seorang, pengalaman yang dirasai pasti mengujakan.

Air yang jernih dan pesisiran pantai yang bersih sangat sesuai dijadikan port berkelah bagi anda sekeluarga. Tapi kena ingat, di sana tiada sebarang perkhidmatan servis disediakan, jadi anda perlu bawa bekal makanan sendiri dan juga alatan.

SPONSORED

Tempat yang kami rasakan sebagai hidden place ini, sememangnya syurga bagi mereka yang ingin meluangkan masa bersama keluarga ataupun rakan di pulau yang jauh dari orang. Harus diingatkan juga untuk menjaga keselamatan bagi anda yang merancang ke sana.

GAMBAR: FACEBOOK TOURISM PAHANG
GAMBAR: FACEBOOK TOURISM PAHANG

Anda dinasihatkan untuk menghubungi penyedia perkhidmatan bot dan deal awal untuk elakkan kesesakan. Kami mengharapkan pengunjung yang kesini tidak meninggalkan sampah anda dan kekalkan kebersihan pulau ini.

via: Tourism Pahang

Meriahkan percutian anda di Pulau Tulai, Tioman yang cukup indah yang kaya dengan hidupan laut dan lautan jernih membiru seakan bercuti di Hawaii

SPONSORED

Baca juga: Pulau Tulai Di Tioman, Keindahan Membiru Setanding Luar Negara

Related Posts
gua merapoh
GO!

Jom Eksplorasi Ke Gua Merapoh Pahang

Seringkali Pahang selalu terkenal dengan lambakan pantai-pantai yang indah, tapi untuk pengetahuan anda negeri Pahang juga kaya dengan…