fbpx
87950278_122116492690675_6381484712161968128_o

Pulau Tulai Di Tioman, Keindahan Membiru Setanding Luar Negara

Terletak di timur laut perairan Pulau Tioman, Pulau Tulai atau dikenali sebagai “Coral Island” menjadi salah satu destinasi wajib pengunjung yang datang ke Tioman.

Keindahan pantai di sini, menjadikan pulau ini kelihatan seperti ‘private island’ kerana keindahan air biru dan hidupan pesisir pantai yang cantik memukau pandangan sesiapa sahaja yang ke sana.

PREMIUM

Mengambil masa kira-kira 1 jam dari Pulau Tioman, penggunjung wajib mencuba aktiviti snorkeling di sini untuk melihat sendiri hidupan laut seperti batu karang dan ikan-ikan eksotik

GAMBAR: ENRICO PESCANTINI

Anda boleh memilih untuk menginap di Pulau Tulai kerana perkhidmatan chalet dan resort turut disediakan dengan kadar harga yang berpatutan. Bagi mereka yang datang bersama keluarga, pastinya aktiviti picnic sangat menyeronokkan sambil mandi manda di pantai yang membiru kirstal.

Bagi mereka yang merancang untuk ke sini, jangan lupa bawa kamera untuk anda jadikan kenangan kerana kecantikan pulau ini setanding percutian anda di luar negara.

GAMBAR: FACEBOOK CINTAI TIOMAN
GAMBAR: ROZITA CAFE PULAU TIOMAN
SPONSORED

via: Pulau Malaysia

Anda juga mungkin berminat untuk melihat kelip-kelip malam menyinari keindahan di sepanjang sungai Cherating

Baca juga: Lihat Keindahan Kelip-Kelip Malam Di Cherating

Related Posts