Buat warga Kuantan terutamanya mereka yang berada di sekitar Balok, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang kini mengadakan promosi di mana anda boleh walk-in ke Klinik Kesihatan Balok untuk mendapatkan suntikan vaksin dos 1, 2 dan booster.
Anda boleh hadirkan diri pada setiap hari Sabtu berdasarkan tarikh berikut;15 Januari 2022, 29 Januari 2022, 5 Februari 2022, 19 Februari 2022 dan 12 Mac 2022. Waktu program ini berlangsung bermula dari jam 9 pagi hingga 1 petang.
Terdapat beberapa syarat diletakkan mengikut jenis suntikan. Untuk mereka yang terlepas tarikh vaksin dos 1 dan 2, anda haruslah berumur 12 tahun ke atas. Remaja 12 hingga 17 tahun hendaklah hadir bersama ibubapa atau penjaga.

Untuk suntikan booster pula, syarat dikenakan mesti berumur 18 tahun ke atas. Anda juga mesti merupakan antara penerima vaksin COVID-19 yang sudah 3 bulan disuntik daripada tarikh dos kedua.

Sila bawa bersama pen, kad pengenalan serta kad vaksin dan borang kebenaran bagi dos kedua. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi 09-5834533 atau 011-58740357.