fbpx
- Sponsor -

Projek Khidmat Komuniti UMP Fokus Pemasangan Sistem Lampu Berkuasa Suria

Projek Khidmat Komuniti Universiti Malaysia Pahang (UMP), Lighting Up The Community menyaksikan pemasangan sistem lampu tumpu berkuasa suria telah dijalankan.

Projek tersebut bagi kemudahan komuniti di sini dengan menambah pencahayaan di wakaf dan parkir kenderaan di Masjid Pekan Sri Medan serta rumah pelajar di Kampung Parit Singgahan Dalam di Batu Pahat, Johor.

Pemasangan solar ini selari dengan program UMP yang bertunjangkan kepada Matlamat Pembangunan Lestari atau Sustainable Development Goals (SDG) yang menjadi agenda global.

Sumber: News.ump.edu.my
Sumber: News.ump.edu.my
Sumber: News.ump.edu.my
- Sponsor-

Ia juga seiring dengan 17 matlamat yang perlu dicapai seperti yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk semua negara menjelang 2030.

Menurut Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin yang menjalankan fungsi Naib Canselor UMP, pemasangan solar yang dapat menjimatkan bil elektrik lebih 75 peratus itu telah dilaksanakan di beberapa tempat.

Sumber: People.utm.my
Sumber: Semsas.edu.my

Antaranya di Kampung Tekek Tioman dan Perkampungan Orang Asli Rening di Cameron Highlands.

Terdapat juga beberapa sekolah seperti Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS), Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Soi, Sekolah Kebangsaan Chini dan Sekolah Kebangsaan Runchang di Pekan.

- Sponsor -
SumberUMP News

Ikuti kami di Telegram dan Instagram @kuantanloka untuk dapatkan informasi terkini lebih cepat!