fbpx

Projek “Book For Life” Di Lipis Satu Inisiatif Dalam Memupuk Budaya Membaca

- Sponsor -

Amalan membaca merupakan salah satu aktiviti penting dalam kehidupan harian.

Membaca bukan hanya untuk mendapatkan ilmu pengetahuan, malah ia juga sebagai kunci ke arah meningkatkan kemahiran sesuatu bidang ilmu.

Kesan daripada amalan membaca sudah pun terbukti di kebanyakan negara maju.

Sumber: LayarMinda.com
Sumber: Global.Hokudai.ac.jp
- Sponsor-

Contoh paling mudah ialah negara Jepun. Tidak hairanlah negara Jepun begitu maju dalam kebanyakan aspek. Rakyat mereka meraih ilmu dan pengetahuan melalui pembacaan yang begitu meluas.

Dalam usaha menjadikan amalan membaca satu budaya, sebuah projek dinamakan “Book For Life” telah diadakan di Daerah Lipis.

Sumber: Facebook.com/MajlisDaerahLipis

Book For Life merupakan satu projek yang dijalankan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAM) dengan mewujudkan sebuah rumah kecil yang mengandungi buku-buku.

Sumber: Facebook.com/MajlisDaerahLipis
Sumber: Facebook.com/MajlisDaerahLipis

Dua buah rumah buku kecil ini telah diletakkan di Laman Sejahtera Bukit Residen serta Terminal Bas Sg. Koyan.

Ia kini boleh di akses tanpa memerlukan sebarang dokumentasi.

Beberapa konsep juga diketengahkan seperti boleh diakses 24 jam dan tidak memerlukan keahlian.

- Sponsor -

- Sponsor -
- Sponsor -