fbpx

Program ‘Trash To Cash’ Pengaruhi Penurunan Kes Denggi Di Kuantan

- Sponsor -

Dalam menghadapi cabaran pandemik COVID-19, penyakit berbahaya lain juga masih perlu diberi perhatian seperti demam denggi. Setiap tahun, dianggarkan terdapat lebih 100 juta kes gigitan nyamuk aedes ini di seluruh dunia.

Sumber: ms.wikipedia.org

Di daerah Kuantan, satu rekod positif berjaya direkodkan baru-baru ini. Kes denggi didapati telah menurun sebanyak 88.2 peratus berbanding 2,028 kes pada tahun lalu. Pengurangan kes denggi ini dipengaruhi oleh aktiviti pembelian barangan terpakai.

Aktiviti ini telah dianjurkan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Kuantan. Banyak barangan terpakai tidak diuruskan dengan baik sebelum ini menjadi punca peningkatan demam denggi.

Sumber: Facebook.com/SWCorp Kuantan
- Sponsor-

Dengan kehadiran program ‘trash to cash’, kes denggi di taman-taman perumahan semakin menurun. Suatu yang memberangsangkan jika dilihat pada statistik di mana hanya 22 kawasan sahaja direkodkan aktif wabak berbanding 170 lokaliti pada tahun lalu.

Keberkesanan aktiviti pembelian barangan terpakai sewajarnya membuka mata ramai pihak. Selain membendung demam denggi daripada meningkat, kita juga akan peroleh manfaat seperti pengurangan barangan terbiar dan mendapat duit tambahan jika giat menyertai aktiviti ini.

Sumber: kpkesihatan.com

Majlis Bandaraya Kuantan nyata serius dalam memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk aedes terutamanya dengan memeriksa premis-premis berkaitan barangan terbiar. Daripada 15,220 premis diperiksa, 1,357 notis dan 637 telah dikeluarkan.

- Sponsor -
- Sponsor -