fbpx
- Sponsor -

Program Pahang Pride Kid 2022 Menghargai Kelahiran Anak Negeri Pahang

Kerajaan Negeri Pahang telah melancarkan sebuah program yang bernama Pahang Pride Kid 2022. Program ini merupakan inisiatif kerajaan negeri bagi menghargai setiap anak kelahiran negeri Pahang yang lahir pada tahun 2022.

Setiap kelahiran hidup akan menerima pemberian bernilai RM200. RM200 tersebut akan dibahagikan kepada RM100 dalam bentuk barangan keperluan bayi serta ibu dan RM100 lagi dalam bentuk simpanan bank.

Inisiatif dilaksanakan Kerajaan Negeri Pahang ini dijangkakan dapat memberi manfaat kepada 25,000 bayi dan ibu. Pun begitu, terdapat syarat-syarat kelayakan diletakkan iaitu bayi tersebut mesti dilahirkan di negeri Pahang dan dilahirkan sebagai warganegara Malaysia.

Sumber: Facebook.com/KerajaanNegeriPahang
- Sponsor-

Anak kepada pasangan En. Muhammad Akashyah dan Puan Siti Rahimah iaitu Khadeejah Amelia merupakan bayi pertama diraikan dalam Program Pahang Pride Kid di Parlimen Temerloh.

Sumber: Facebook.com/KerajaanNegeriPahang
Sumber: Facebook.com/KerajaanNegeriPahang

Semoga bayi yang lahir pada tahun 2022 ini dapat menjadi kebanggaan keluarga dan Negeri Pahang di masa akan datang. Ibubapa atau penjaga yang sah boleh membuat pendaftaran secara atas talian melalui Google Form disediakan.

- Sponsor -

Ikuti kami di Telegram dan Instagram @kuantanloka untuk dapatkan informasi terkini lebih cepat!