fbpx

Polisi Penafian Dan Kerahsian

KUANTANLOKA dimiliki dan diuruskan oleh KUANTANLOKA Media Network (CA0291439-X). Pemilik laman web ini tidak berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak ketiga.

Laman web ini juga tidak menyimpan maklumat yang dikumpul mengenai lawatan anda untuk digunakan selain untuk menganalisa prestasi kandungan melalui penggunaan cookies yang anda boleh nyahaktifkan pada bila-bila masa dengan mengubah tetapan pelayar internet anda.

Anda bersetuju untuk membenarkan laman web ini menggunakan dan menyimpan cookies ini sekiranya anda tidak menyahaktifkan fungsi tersebut dari pelayar internet anda.

Waranti Dan Penggunaan Maklumat

Anda bersetuju untuk membaca dan menggunakan semua maklumat yang diperolehi dari laman web ini atas tanggungjawab anda sendiri. Risiko jika berlaku sebarang kerugian, kerosakan atau kemalangan yang berlaku semasa anda mencuba atau menggunakan mana-mana maklumat dari laman web ini adalah atas tanggungan anda.

Pihak laman web ini sentiasa cuba menyampaikan maklumat pada tahap yang sebaiknya, namun sebarang kesilapan penulisan atau kecuaian tidak dapat dielakkan dan bukan disengajakan. Pemilik tidak bertanggungjawab untuk penerbitan semula kandungan yang terdapat di blog ini di laman sesawang lain atau media tanpa kebenaran.

Hakcipta Artikel, Maklumat Dan Bahan Di Laman Web Ini

Semua hasil penulisan di laman web KUANTANLOKA ini adalah hak milik penulis kecuali dinyatakan sebaliknya.

Anda perlu mendapat kebenaran daripada pemilik laman web KUANTANLOKA sekiranya anda ingin menyalin sepenuhnya artikel tersebut ke mana-mana media termasuk blog, laman sesawang, majalah, akhbar, poster, brosur atau mana-mana media cetak atau media atas talian.

Rujukan atau keratan artikel dengan meletakkan kredit sumber dari KUANTANLOKA dibenarkan dengan syarat ianya tidak diubahsuai untuk mengelakkan sebarang percanggahan maklumat.

Pihak KUANTANLOKA sentiasa berusaha untuk menghormati hak milik dan hak cipta orang lain, ini termasuk bahan-bahan seperti artikel, gambar, muzik, video atau bahan-bahan lain yang digunakan dalam artikel-artikel atau bahagian dalam laman ini.

Pihak KUANTANLOKA juga berhak mengubahsuai kandungan bersesuaian dengan kualiti yang dipraktiskan oleh pihak kami. Sekiranya terdapat sebarang masalah atau pertanyaan mengenai perkara ini, pihak anda boleh hubungi kami.

Polisi penafian dan kerahsiaan ini ditulis dan sah pada 02 Januari 2020, ia mungkin diubahsuai dari masa ke semasa mengikut kesesuaian tanpa sebarang notis. Pihak anda bertanggungjawab untuk merujuk semula halaman ini sekiranya terdapat ubahsuaian yang dibuat.