fbpx

Potret Tengku Hassanal Dari Nazri Chot Lengkapkan Koleksi Diraja Pahang


Sebelum ini kami pernah menceritakan kisah Nazri Chot yang melukis sebuah potret Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dalam tempoh 5 hari.

Seorang pejuang seni yang giat melukis ini sekali lagi menunjukkan taring apabila beliau berjaya menyiapkan sebuah lukisan Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kali ini potret ditempah oleh Jabatan Belia Negeri Pahang kepada baginda. Apa yang lebih menakjubkan tempoh masa yang diambil untuk sebuah potret lengkap ini sangat singkat iaitu selama 2 hari sahaja.

GAMBAR: MAN KAYAN
GAMBAR: NAZRI CHOT
GAMBAR: NAZRI CHOT

Memang tidak dinafikan dengan bakat yang ada, Nazri Chot berjaya mengembangkan seni lukisan beliau dari dari galeri sehingga ke istana. Walaupun sebelum ini pernah beberapa kali menyiapkan potret diraja namun untuk potret khas ini adalah paling singkat masa untuk dibuat.

Ketika dihubungi, beliau mengakui sememangnya belum cukup rehat kerana menyiapkan lukisan ini. Hasil yang mengagumkan ini membuat kami rasa berbangga dengan anak seni Pahang yang kreatif dan sangat lincah dalam setiap hasil kerja.

via: Nazri Chot

Kisah perjalanan hidup seni dari pelukis muka buku novel sehingga potret diraja yang dipamerkan di istana


Baca juga: Perjalanan Anak Seni Pahang, Nazri Chot Terus Berkarya Kerana Minat

Kongsi Artikel Ini

Benda baik kita kongsi

Sokong kuantanloka™

Sokong konten lokal. Sokong penerbitan kandungan kami dengan melanggan keahlian kuantanloka™. Dapatkan t-shirt eksklusif, stickers dan kad keahlian anda sekarang.

TERKINI

Utama
Akaun
Notifikasi
Koin