fbpx

Portal MyAssist MSME Bantu PKS Lokal Bergerak Lebih Laju

RAKAN KERJASAMA


Sejak pandemik Covid-19, PKS Malaysia antara sektor yang paling banyak terkesan. PKS telah menyumbang kepada 38.9% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada 2019.

Urusan perniagaan juga telah berubah kini. Dahulunya bertemu muka lebih dominan untuk digunakan bagi membuat sebarang keputusan perniagaan. Hari ini dengan adanya norma baharu, usahawan PKS dituntut untuk menggunakan platform digital dalam menjalankan operasi perniagaan.

Digitalisasi adalah kaedah terbaru yang perlu menjadi adaptasi usahawan dan pemegang taruh dalam PKS Malaysia. Namun begitu, sepanjang pengalaman kami berurusan dengan komuniti usahawan mikro, masih ramai lagi yang ketinggalan dalam dunia digital.


Melihat kepada masalah ini, SME Corp Malaysia sebagai badan yang bertanggungjawab dalam pembangunan usahawan kecil dan sederhana telah memperkenalkan portal MyAssist MSME.

Dalam bahasa mudahnya, portal ini adalah pusat sehenti yang memberikan khidmat nasihat perniagaan sehenti dalam talian, bagi membantu PKS menangani permasalahan dan isu berkaitan perniagaan.

Salah satu masalah yang sering dihadapi oleh usahawan adalah kesukaran untuk mendapatkan khidmat nasihat dengan kaunselor yang tepat dalam sesuatu bidang. Dengan adanya portal ini, usahawan akan disalurkan kepada pakar yang berpengalaman dalam bidang tersebut. Semuanya hanya secara atas talian.

Melalui portal ini, SME Corp Malaysia bekerjasama dengan agensi kerajaan yang berkaitan seperti MDEC, MARA, TEKUN, CGC, MPC, INSKEN untuk menyediakan penyelesaian yang inklusif untuk usahawan PKS.


Inisiatif MatchMe misalnya, merupakan platform rantaian bekalan atas talian yang menghubungkan syarikat PKS dengan syarikat multinasional (MNC), syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pasaraya besar dan juga syarikat-syarikat terkemuka dari dalam dan luar negara.

Dengan Portal Perdagangan Antarabangsa pula, usahawan dihidangkan dengan seribu satu maklumat mengenai dasar dan polisi antarabangsa. Usahawan mampu mencapai tahap piawaian yang diperlukan semasa mengeksport produk-produk ke luar negara.

SME Corp Malaysia juga telah bekerjasama dengan pemain e-dagang tempatan bagi membolehkan usahawan memasarkan perkhidmatan dan produk mereka di atas talian. Penyediaan perkhidmatan seperti Lelong, eDesa, Agrobazaar, Myhandyshoppe, PGMall, WebstorePRO dan Ooder.

Platform e-Pameran yang dibina dalam portal MyAssist MSME pula menawarkan pengalaman pameran digital tetapi dengan mempunyai elemen yang sama dengan pameran fizikal. Ini pastinya akan membantu produk PKS lokal dapat lebih dikenali oleh orang ramai.


Kongsi Artikel Ini

Benda baik kita kongsi

TERKINI

Utama
Akaun
Notifikasi
Koin