fbpx
103101953_654819478580345_8106411802208183408_o

Port Memancing Di Rompin Ini Boleh Buat Kaki Pancing Tak Lena Tidur

Bila sebut pasal Rompin ni, tak lain tak bukan yang terlintas di kepala hanyalah hasil laut segar. Bukan sahaja terkenal dengan masakan udang galah mereka tetapi juga port-port baik buat kaki pancing yang sering berkunjung ke sini untuk mencuba nasib mendapatkan udang galah dan ikan laut.

Kg Merchong yang jaraknya sekitar 100 KM dari Bandar Kuantan di sempadan daerah Pekan-Rompin ini pastinya menjadi salah satu tumpuan buat kaki pancing yang menggilai tangkapan udang galah dan ikan laut dalam.

Di Kampung Merchong, perkhidmatan penginapan dan memancing ada disediakan oleh pengusaha chalet tempatan dimana ianya selesa dan turut disediakan bot tekong untuk ke port memancing. Mengikut makluman, diantara ikan yang berjaya ditewaskan di perairan ini adalah seperti tenggiri dan layaran.

GAMBAR: UMPAN
GAMBAR: UMPAN

Bagi yang berkeinginan untuk ke Kg Merchong ini, dinasihatkan untuk menghubungi perkhidmatan yang disediakan untuk mengetahui musim memancing dan keadaan cuaca disana agar tidak pulang dengan tangan kosong.

via: UMPAN

Related Posts