Baru-baru ini tular video rakaman seorang ahli DAP yang digelar Superman Hew berucap dalam satu ceramah Pakatan Harapan yang disifatkan berbaur perkauman dan boleh mencetuskan perbalahan kaum di Malaysia.
Hari ini, laporan dari berita tempatan memaklumkan bahawa beliau telahpun ditahan oleh pasukan Polis Pahang di kediamannya di Puchong Jaya, Selangor.
Tindakan itu diambil akibat penularan video yang berbaur perkauman dalam ceramah sebuah parti politik di Raub Perdana, Raub, Pahang.
Perkara ini disahkan sendiri oleh Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan permohonan reman ke atasnya akan dibuat mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi pihak polis mendapatkan keterangan lanjut.