Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hasanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menunjukkan sikap terbuka baginda melalui story instagram baginda hari ini.
Baginda telah memohon pihak yang terbabit agar tidak membuat laporan polis kepada karya satira Fahmi Reza kerana baginda menyukai karya grafik berkenaan.

Sementara itu, dalam isu yang lain baginda juga memohon maaf kelewatan baginda ke suatu acara menanam pokok pada Program Pemulihan Ekosistem Zon Penampan di Pantai Chenor, Kemaman, Terengganu.
Sebelum ini, media melaporkan Pengerusi Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) Pahang, Noor Jehan Abu Bakar telah disiasat atas dakwaan menghina Tengku Hassanal menerusi ciapan di Twitter pada 18 Julai, yang sudah dipadam.
Setelah mengetahui tentang perkara tersebut, baginda membuat satu hantaran di instagram story baginda agar pihak polis tidak memperbesarkan perkara tersebut.

Baginda turut menyatakan sebab kelewatan baginda ke program berkenaan adalah kerana baginda baru sahaja pulih dari demam sebelum perlu hadir ke acara tersebut.


Baginda juga memberikan mesej peribadi kepada Noor Jehan, dengan memohon maaf dan berterima kasih kepada beliau. Baginda juga perlu mengambil langkah berjaga-jaga agar akibat dari demam berkenaan keselamatan semua pihak terjaga.
Sikap keterbukaan baginda ini menunjukkan baginda sentiasa mendengar dan prihatin dengan masalah yang berlaku kepada rakyat.
Daulat Tuanku!