fbpx
- Sponsor -

Petani Muda Dari Kuantan, ‘Dari Kebun’ Raih Perhatian Industri Pertanian Malaysia

Tiga siswazah universiti berpegang kepada matlamat mereka untuk membantu pekebun memasarkan hasil pertanian sekali gus membolehkan masyarakat mendapatkan sayur segar pada harga murah.

Mula menceburi bidang pertanian pada awal tahun lepas, Muhammad Muhammad Naqib Azam berusia 31 tahun, bersama dua rakan sebayanya iaitu Mohd Syamim Aizat Zaki, dan Muhammad Zaid Zuhri, bersepakat agar keuntungan purata jualan sayur-sayuran mereka ditetapkan di bawah 50 sen sekilogram.

Contohnya, Muhammad Naqib menjelaskan timun yang dibeli daripada pekebun pada harga RM2.70 sekilogram akan dijual pada harga RM3 sekilogram. Harga tersebut lebih murah berbanding RM3.50 yang ditetapkan pada skim kawalan harga.

Sumber: AstroAwani.com
Sumber: WellgrowSeeds.com
- Sponsor-

Menurut beliau, keyakinan untuk menjual pada harga sebegitu kerana tidak perlu melalui pelbagai lapisan memandangkan semuanya dilakukan sendiri. Bermula daripada mencari pekebun, membawa hasil ke pusat pengumpulan untuk dibungkus sehinggalah menghantar kepada pembeli.

Bergantung kepada hasil yang boleh diperoleh dari kebun di sekitar Kuantan dan Pekan pada hari berkenaan, sayuran selain timun yang dijual mereka ialah lada, bendi dan kacang panjang.

Sumber: AgroBridge.com.my
Sumber: AstroAwani.com

Sejak bergelar ‘saudagar sayur’, Mohd Syamim yang merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Kimia Industri Universiti Malaysia Pahang (UMP) berkata rutin harian mereka akan bermula seawal jam 9 pagi. Dimulai dengan mengambil sayur di kebun, seterusnya dibawa ke pejabat untuk penggredan serta pembungkusan.

Sementara itu, Muhammad Zaid berkata mereka merancang untuk menanam beberapa jenis sayur di sini. Ia bertujuan membolehkan mereka untuk terus mengekalkan harga murah selain menjadi cabang sedekah kepada orang ramai.

- Sponsor -

Ikuti kami di Telegram dan Instagram @kuantanloka untuk dapatkan informasi terkini lebih cepat!