fbpx

Persis Kedai ‘TomYam’, Lorong Di Raub Ini Berwarna-Warni Pada Waktu Malam


Satu lagi idea kreatif dari Majlis Daerah Raub iaitu projek mengindahkan Lorong Dato’ Abdullah, Raub dengan menghadirkan kelipan lampu berbentuk payung bewarna-warni pada waktu malam.

Nafas baru itu pasti akan menjadi salah satu tarikan terbaru yang menarik ada di Raub. Sentuhan seni cahaya ini bakal memberikan pengalaman malam yang indah kepada para pengunjung.

Anda boleh lihat lebih details menerusi perkongsian gambar terkini yang telah dikongsikan oleh Majlis Daerah Raub.

via: Facebook Majlis Daerah Raub
via: Facebook Majlis Daerah Raub
via: Facebook Majlis Daerah Raub
via: Facebook Majlis Daerah Raub
via: Facebook Majlis Daerah Raub

Sekilas pandang, ia seakan-akan kedai atau restoran TomYam Thai jika dilihat dari jauh. Sedikit sebanyak mungkin boleh mengubat kerinduan kepada traveller yang terpaksa membantalkan perjalanan ke Thailand akibat pendemik Covid-19 ini.

Apa pun, selamat hari Malaysia kepada semua pembaca Kuantanloka. Kami kini telah berjaya mencapai lebih sejuta pembaca yang melayari laman web kami. Teruskan menyokong kami, ikut kami di Facebook, Instagram, dan juga Telegram @kuantanloka.

Kongsi Artikel Ini

Benda baik kita kongsi

Sokong kuantanloka™

Sokong konten lokal. Sokong penerbitan kandungan kami dengan melanggan keahlian kuantanloka™. Dapatkan t-shirt eksklusif, stickers dan kad keahlian anda sekarang.

TERKINI

Utama
Akaun
Notifikasi
Koin