fbpx

Persis Hotel, ‘Tooth & Co’ Ini Mungkin Klinik Gigi Paling Cantik Dan Selesa Di Kuantan

- Sponsor -

Bila sebut sahaja doktor gigi atau ke klinik gigi, mesti ramai dikalangan kita yang akan berasa takut bukan? Tak hanya kanak-kanak, ketakutan mengunjungi klinik gigi juga sering berlaku kepada orang dewasa.

Buktinya, kajian yang dilakukan oleh West Virginia University mendapati rata-rata orang berasa takut ke klinik gigi adalah disebab faktor genetik serta dipengaruhi persekitaran.

Mereka sering membayangkan dan melihat peralatan doktor gigi yang menakutkan. Perkara ini adalah punca kenapa timbulnya rasa takut terhadap klinik gigi. Jika anda juga berkongsi perasaan yang sama, jangan risau. Takut terhadap klinik gigi ini adalah perkara biasa yang dirasai ramai orang.

- Sponsor-

Demi membuang rasa takut terhadap klinik gigi, contoh konsep yang diterapkan oleh Klinik pergigian Tooth & Co di Kuantan ini menarik perhatian kami.

Mana tidaknya, reka bentuk dan interior dalamnya memang lawa. Ia seolah anda sedang berada di hotel bukannya klinik gigi yang menakutkan. Kami yakin anda pasti akan rasa ini adalah klink gigi paling cantik dan selesa di Kuantan atau mungkin yang terbaik di Malaysia.

Bagaimana, cantik bukan? Dan di bawah ini pula adalah tandas di Tooth & Co. Memang bersih dan selesa. Kami jamin, pengalaman berada di Klinik Pergigian Tooth & Co ini sungguh berbeza tidak sama seperti klinik pergigian yang lain.

Klinik Pergigian Tooth & Co terletak di Jalan Tun Ismail. Tooth & Co menawarkan pelbagai khidmat kesihatan pergigian yang dibarisi oleh pakar-pakar pergigian yang diiktiraf. Untuk maklumat lanjut, anda boleh ikuti mereka di Facebook.

- Sponsor -
- Sponsor -