done clamping

Persis Eropah, Ini Penginapan Awesome Untuk Anda Bermalam Di Cameron Highlands

Traveller tegar, anda pasti sering lihat penginapan ‘Dome Glamping’ seperti ini di negara-negara Eropah bukan? Konsep penginapan ini memang amat popular di sana, ia adalah penginapan eco friendly di mana menawarkan pengalaman bermalam yang lebih baik bersama alam semula jadi.

Tak hanya negara barat, pada tahun 2017 Jordan turut memperkenalkan Dome Glamping mereka  yang terletak di tengah-tengah padang pasir.

Lebih menarik, kini untuk menikmati penginapan Dome Glamping anda tak perlu bersusah payah terbang jauh. Cukup dengan merancang percutian anda ke Cameron Highlands sahaja.

A’Moss Farmstay, Cameron Highlands

Nikmati penginapan di Dome Glamping berlatarkan permandangan alam semula jadi yang cantik? Jika begitu, Cameron Highlands sedang menanti anda.

Pada harga sekitar RM180 – RM200 semalam, A’Moss Farmstay di Cameron Highlands ini menawarkan anda penginapan Dome Glamping terbaik. Tambah menarik, Cameron Highlands bukan sahaja miliki permandangan cantik, malah suhu sejuk di sini bakal memberikan anda feel seolah sedang bercuti di luar negara.

SPONSORED

Awesome! Kalau anda teringin nak mencuba, bolehlah buat tempahan melalui laman web Airbnb.

Total
0
Shares
Related Posts