fbpx

Perkhidmatan KTMB Kembali Dengan Laluan Baharu Gemas Ke Kuala Lipis

- Sponsor -

Tarikh 21 Februari yang lalu menyaksikan larian pertama tren Diesel Multiple Unit (DMU) Gemas – Kuala Lipis. Setelah sekian lama perkhidmatan penumpang KTMB ditamatkan, akhirnya disambung semula dengan koc baru.

Apa yang ada dalam tren DMU? Pelbagai fasiliti disediakan buat kemudahan para penumpang. Contohnya ada rak bagasi, soket kuasa, ruang solat dan tandas am serta tandas OKU.

Tempoh perjalanan dari Gemas ke Kuala Lipis itu mengambil masa sekitar 4 jam 26 minit. Untuk pengetahuan anda, pembelian tiket untuk tarikh perjalanan bermula 24 Februari telah pun dibuka.

Sumber: Facebook.com/KTMBerhad
Sumber: Facebook.com/KTMBerhad
- Sponsor-

Sekarang ada diskaun 25% melalui kod promo 𝗞𝗠𝗞𝗧𝗠𝗕𝟮𝟮 bagi semua perkhidmatan tren ETS, Ekspres Rakyat Timuran dan Ekpres Selatan. Tempoh promosi bermula 14 Februari hingga 31 Disember 2022.

Sumber: Facebook.com/KTMBerhad
Sumber: Facebook.com/KTMBerhad

Pembelian tiket boleh dibuat di semua medium pembelian tiket KTMB. Nak lebih mudah dan cepat, muat turun sahaja aplikasi KTMB Mobile.

- Sponsor -
- Sponsor -