fbpx
featured image sizing2

Perjalanan Anak Seni Pahang, Nazri Chot Terus Berkarya Kerana Minat

Jika sebelum ini kami pernah menceritakan berkenaan hasil lukisan beliau untuk Agong namun kini kita lihat kisah yang dilalui beliau sepanjang bergelar artis dalam seni lukisan. Tidak dinafikan beliau adalah seorang yang berbakat dalam banyak cabang seni dari lukisan hingga ke musik.

Namun setiap perkara ada pasang surutnya, begitulah yang dilalui oleh Nazri Chot. Beliau merasa bangga selaku anak Pahang yang masih bertahan dalam bidang ini kerana menjadi seorang artis lukisan memerlukan komitmen yang tinggi.

PREMIUM

Pernah bekerja untuk sebuah syarikat penghasilan lukisan untuk muka buku novel, sememangnya mencabar kerana hasil lukisan tersebut perlu disiapkan setiap bulan pada kuantiti minimum 2 lukisan dan perlu menghantarnya ke Kuala Lumpur untuk semakkan.

GAMBAR: NAZRI CHOT
GAMBAR: NAZRI CHOT

Membesarkan anak yang jatuh sakit menjadi satu cabaran besar untuk beliau kerana perlu menampung keperluan anaknya dan juga beliau mengambil keputusan untuk mengundurkan diri atas faktor tersebut. Namun hasil karya beliau masih diteruskan sehingga ke hari ini.

Apabila ditanya apakah lukisan paling mahal pernah dibuat, beliau menceritakan ia adalah lukisan Jambatan Sultan Ahmad Shah yang berharga RM 23,000.00 untuk dijadikan hadiah daripada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob. Beliau juga pernah melukis sehingga ke Itali bersama beberapa orang pelukis lain dibawah kendalian Balai Seni Negara.

SPONSORED

Menceritakan situasi seni di sana sangat jauh berbeza dengan Malaysia, beliau berkata di Itali wajib untuk menulis harga untuk lukisan tersebut untuk mengelakkan berlakunya isu pembelian atau penjualan seni yang tidak sah ataupun lukisan tersebut boleh dirampas.

GAMBAR: NAZRI CHOT

Boleh dikatakan, setiap rumah di sana mempunyai paling kurang, satu lukisan yang dipamerkan. Menurutnya lagi, lukisan beliau juga pernah dicuri semasa mengadakan acara di sana walaupun ia belum siap sepenuhnya. Pernah juga sehinggakan ada yang bergaduh untuk mendapatkan lukisan yang dilukis oleh beliau.

Seorang lelaki berusia datang memujuk beliau untuk mendapatkan kembali sebuah lukisan anaknya yang memakai selipar terbalik dan menawarkan untuk menukarnya dengan wine paling mahal. Kata lelaki tersebut, gambar itu mengingatkan akan cucunya yang meninggal dan menganggap lukisan tersebut sangat bernilai untuknya.

Beliau yang kini bergiat aktif dalam seni lukisan, musik tradisional dan bertukang masih lagi menaruh harapan supaya seni terus dikembangkan dan mendapat sokongan.

GAMBAR: NAZRI CHOT
SPONSORED

via: Nazri Chot

Baca lebih lanjut berkenaan lukisan Yang di-Pertuan Agong oleh Nazri Chot karya tangan emas beliau.

Baca juga: Kenali Nazri Chot, Tangan Emas Yang Melukis Potret Agong Dalam 5 Hari

Related Posts