fbpx
periuk ali russia

Periuk Ali Russia, Satu Lagi Tempat Makan Tengah Hari Yang ‘Best’ Di Kuantan

Seberapa banyak pun kedai makan yang wujud di Kuantan, kadang-kadang kami akan berhadapan dengan satu masalah yang sukar iaitu ‘nak makan kat mana?‘.

Berhadapan situasi ‘nak makan kat mana?’ ini memang merumitkan. Tambah pula ketika itu perut sangat lapar dan masih lagi tiada hala tuju.

PREMIUM

Baharu-baharu ini kami terkena simptom ini lagi. Mujur masa itu nama ‘Periuk Ali Russia‘ melintas di fikiran. Tanpa belengah, kami terus bergerak menuju tempat makan tersebut dan ini adalah pengalaman pertama kami.

Semestinya ketika perut lapar, kami nak makanan paling kenyang dan cepat hidang. Di Periuk Ali Russia antara menu yang ada ialah nasi ayam cincang.

Makanan ringkas dan bersahaja, ayam goreng berempah yang dicincang, dihidangkan bersama sambal belacan (pedas berdesik), timun dan kuah kari.

SPONSORED

Kami kombo kan pula nasi ayam cincang bersama Nescafe O Ais. Rasanya memang tak menghampakan!

Apa yang boleh kami kata, nasi ayam cincang di Periuk Ali Russia ini memang sedap betul. Rasa ayam berempah dia memang padu, tambah pula ada rasa pedas-pedas sambal belancan tu memang ngam sungguh. Uniknya, rasa beras dia sedap bukan macam nasi putih biasa.

Bahagian paling penting sekali adalah kuah kari tersebut, memang menepati citarasa serta menyelerakan. Sangat berbaloi dan puas hati. Pada harga RM6 satu hidangan, rasanya ini antara tempat untuk anda makan tengah hari yang best di Kuantan.

Konsep kedai pun boleh tahan menarik, bolehlah anda jadikan stok untuk gambar di Instagram nanti. Ada hiasan dari koleksi-koleksi barangan antik dan juga beberapa benda lain yang comel macam kereta Hotweels.

SPONSORED

Lagi satu, ada basikal lama yang tergantung atas siling. Puas juga kami fikir bagaimana basikal tu boleh ditempatkan di situ. Tapi tak apalah, itu bukan benda penting sangat pun untuk difikirkan.

Yang paling penting, bukan setakat makanan sedap. Kedai bersih, harga berpatutan, layanan pekerja bagus dan sangat mesra pelanggan.

Buat anda yang tercari tempat makan tengah hari di Kuantan, Periuk Ali Russia ini mungkin pilihan yang berbaloi untuk dicuba. Lokasi di Jalan Besar, berhadapan Kuantan Pickers atau bersebelahan Kotak Kalam.

Kami dah tolong pin kan di google maps, boleh klik Periuk Ali Russia di telefon canggih anda untuk pemanduan mudah melalui aplikasi google maps. Selamat menjamu selera.

SPONSORED

Oh ya, ada lagi satu cerita. Esoknya kami datang sekali lagi untuk menikmati hidangan nasi ayam cincang tu. Tapi, kuah kari sudah habis dan itu adalah perkara yang paling mengecewakan kami sepanjang hari tersebut.

Jangan lupa like KUANTANLOKA di Facebook, Instagram dan sertai kami di Telegram untuk tahu tempat-tempat makan yang best di negeri Pahang.

Baca juga: SEDO: Kedai Donat ‘Gebu Dan Empuk’ Yang Sedap Di Kuantan

Related Posts