fbpx

Perahu Jalur, Pengangkutan Dan Jentera Perang Di Sungai Pahang Suatu Ketika Dulu

- Sponsor -

Sungai Pahang suatu ketika dahulu merupakan sumber laluan yang menghubungkan sebuah kampung dengan yang lain. Perahu jalur antara kenderaan air yang digunakan masyarakat untuk membawa hasil tanaman seperti padi, getah, buah-buahan serta hasil pertukangan dari kampung ke bandar.

Siapa sangka perahu jalur ini pernah digunakan sewaktu peperangan! Misalnya, setelah Sultan Mansur Shah menjadi sultan pada 1456, baginda menghantar angkatan perang laut Kerajaan Melaka menyerang Negeri Pahang di satu kampung dipanggil Pura. Angkatan tersebut mengandungi 200 perahu kecil dan besar.

Sehingga kini, masih terdapat lagi penduduk sekitar Mukim Cenor, Semantan dan Temerloh yang menggunakan perahu jalur menghilir atau memudik di sungai ini ke bandar Temerloh yang terletak di muara Sungai Semantan.

Sumber: Facebook.com/WarisanMelayuPahang
Sumber: WanRosdy.com
- Sponsor-

Perahu jalur mempunyai beberapa sifat yang istimewa jika dibandingkan dengan perahu papan atau rakit. Antara keistimewaan perahu jalur ialah rupa bentuknya seperti seludang kelapa membolehkan perahu ini meluncur lebih laju dari perahu papan atau rakit di permukaan air.

Dari segi ketahanan pula, bahan kayu perahu jalur boleh tahan lebih lama dari setelah diawetkan. Pada kebiasannya ia boleh tahan digunakan selama lima hingga lima belas tahun.

Sumber: http://wwworangtasek-wiez.blogspot.com/
Sumber: Flickr.com

Perahu jalur lebih mudah dikawal berbanding rakit untuk melintasi rintangan seperti menyusur di celah batu-batu besar atau pulau-pulau yang terdapat di Sungai Pahang. Malah, ia akan timbul dan mudah dibalikkan semula jika terlingkup di sungai.

Perahu jalur dibina dari sebatang balak menjadikan ia tanpa pangsa atau sendi. Maka sukar berlaku kebocoran pada perahu itu dan kos penjagaannya adalah lebih murah dari perahu papan yang berpangsa dan bersendi. Tak dilupakan, masa diperlukan untuk membina sebuah perahu jalur juga adalah lebih cepat.

- Sponsor -
- Sponsor -