fbpx
featured image sizing

Penyelam Temui Bangkai Ikan Yu Di Dasar Pulau Tioman Yang Masih Segar

Tidak dinafikan kebanyakan orang sekarang lebih gemar untuk mencipta satu pengalaman baru yang lain dari yang lain yang lebih menyeronokkan. Salah satu benda yang biasanya ada dalam ‘bucket list’ anda adalah selam skuba (scuba diving). Ya, dalam selam skuba ini adalah masa anda untuk lihat kehidupan laut dengan lebih dekat lagi.

Apa yang lebih menarik lagi apabila anda terjumpa dengan kehidupan diluar jangkaan kita seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang tenaga pengajar selam skuba ini di laman Twitternya tentang penemuan bangkai seekor ikan Yu atau namanya Blacktip Reef Shark di dasar laut Pulau Tioman.

PREMIUM

Tambahnya lagi, bangkai tersebut dijumpainya semalam seakan-akan masih fresh, ini bermaksud bangkai tersebut baru mati. Jika bangkai tersebut telah lama, kemungkinan besar mata tidak ada dan beberapa bahagian lain mungkin dimakan oleh ikan-ikan lain.

GAMBAR: AFFAN ZANILA

Penyelam ini dikenali sebagai Affan Zanila berharap kematian haiwan ini atas alasan semulajadi. Apa yang lebih menyedihkan, apabila seekor ikan Yu mati, maka akan hilangkan satu pemangsa dalam ekosistem lautan di negara kita.

Lelaki ini juga kongsi fakta menarik tentang ikan ini iaitu anda kena tahu bahawa, haiwan ini akan tenggelam ke dasar apabila mereka telah mati. Lebih menarik lagi, ikan Yu jenis Blacktip Reef Shark sangat popular di perairan Malaysia.

SPONSORED

Namun, kematian ikan ini bukan dari keganasan manusia kerana anggota badannya masih lengkap dan tiada kesan luka atau kesan terbelit dengan tali atau pukat.

GAMBAR: AFFAN ZANILA

Untuk pengetahuan korang, ikan Yu ini adalah haiwan yang lembut. Ini adalah perkara yang paling penting untuk belajar tentang kehidupan lautan dalam.

Manusia merupakan ancaman yang besar untuk habitat haiwan ini, tambah-tambah lagi ancaman dari nelayan sejak bertahun-tahun di seluruh dunia.

Nasihatnya kepada orang ramai agar berhenti membeli spesis ikan ini di pasar kerana yang dijual di pasar merupakan anak-anak ikan Yu spesis ini.

GAMBAR: AFFAN ZANILA
SPONSORED

via: Siakap Keli

Ikan lumba-lumba yang bermain di perairan Pulau Tioman menjadi tarikkan pengunjung yang datang bercuti.

Baca juga: Lihat Ikan Lumba-Lumba Ini Seronok Bermain Di Perairan Pulau Tioman

Related Posts