fbpx

Penutupan Pencawang Elektrik Berikutan Banjir Teruk Yang Melanda Di Negeri Pahang

- Sponsor -

Banjir yang melanda di negeri Pahang baru-baru ini memberi impak yang teruk kepada setiap penduduk di sini.

Keadaan ini menyebabkan kawasan yang terjejas ini mengalami kerosakan seperti jalan rosak dan pokok tumbang berikutan peningkatan paras air yang berlaku.

Ada juga tempat yang terputus bekalan elektrik atas asbab penutupan bekalan elektrik oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) bertujuan bagi menjaga keselamatan pengguna setempat.

sumber gambar: TNB Careline
- Sponsor-

Antara kawasan-kawasan yang terjejas adalah Sungai Pandan, Karak, Taman Makmur dan lain-lain lagi.

Individu dinasihatkan supaya berhati-hati dan jangan menyentuh sebarang peralatan elektrik yang basah ataupun ditenggelami air.

- Sponsor -
- Sponsor -