‘Colmar Tropicale’ ini sebenarnya dibangunkan berdasarkan model bangunan di sebuah bandar abad ke -16 di Colmar Town yang terletak di tenggara Alsace, France dan rekebentuk senibinanya turut mengambil elemen senibina bangunan di sebuah perkampungan lama di Riquewihr, Turckkheim dan Kayserbergh.
Biasanya yang datang ke sini sebab nak ambik gambar. Sebab cantik dan udara nyaman. Untuk datang sini, anda perlu ikut highway Karak dan cari papan tanda Berjaya Hill. Tidak jauh dari Janda Baik.
Untuk masuk pula, dikenakan bayaran RM16 untuk dewasa & RM8 untuk kanak-kanak. Dengan adanya tiket ni bolehlah pergi ke Taman Jepun, Taman Arnab atau mini zoo dan juga ke Colmar Tropicale.


Untuk mereka yang ingin bercuti ke sini, anda tidak semestinya perlu menginap di sini. Colmar Tropicale atau Bukit Tinggi ini memang dibuka untuk semua, jadi boleh datang melawat tanpa ambil bilik di sini.
Resort ini mempunyai 235 bilik dan suit, 8 jenis kedai makan dengan pelbagai jenis makanan tempatan dan antarabangsa. Harga untuk penginapan di sini juga tidak terlalu mahal dan dirasakan amat berpatutan.
Bermula serendah RM 250 untuk satu malam bergantung kepada tarikh pilihan anda. Pada waktu ini, difahamkan adanya promosi bagi mereka yang menginap disini.

via: Colmar Tropicale
Pemandangan dari atas keindahan Bukit Tinggi yang kelihatan seperti bandar klasik Eropah
Baca juga: Lihat Pemandangan Bukit Tinggi Persis Bandar Klasik Eropah Dari Lensa ‘Drone’