Bagi anda yang sukakan percutian tepi pantai, Kuantan merupakan destinasi paling tepat untuk memenuhi impian anda tu.
Manakan tidak, Kuantan mempunyai banyak pantai menarik yang bersih dan cantik untuk dilawati seperti Teluk Cempedak, Pantai Balok, Pantai Cherating dan banyak lagi.
Jika anda memilih bercuti ke Pantai Balok yang hanya terletak kira-kira 15 hingga 20 minit memandu dari pusat bandar Kuantan. Ada satu lagi tarikan baharu yang wajib anda cuba di sana iaitu Kapsul Penginapan.



Bilik penginapan yang berbentuk kapsul berwarna-warni itu disediakan khas buat pengunjung yang bercuti ke Pantai Balok dan ingin merasai suasana bermalam di tepian pantai.
Setiap kapsul dilengkapi dengan penghawa dingin, sebuah katil bersaiz Queen dan set kerusi meja di hadapannya yang boleh digunakan untuk bersantai bersama keluarga sambil menikmati hembusan angin sepoi-sepoi bahasa dari arah pantai.
Bagaimanapun bilik kapsul tersebut tiada tandas di dalamnya, namun terdapat sebuah tandas awam berhampiran disediakan untuk kegunaan pengunjung.
via: Rileklah
Ingin merasai pengalaman premium tidur di sebuah hotel tepi Pantai Teluk Cempedak? Anda perlu cuba penginapan ini
Baca juga: Penginapan 5 Bintang Tepi Pantai Di Hyatt Regency Kuantan