fbpx
padang mpk

Azian Ali Kecewa Lihat Keadaan Padang MPK 1 Yang Kering Tidak Terjaga Baik

Padang MPK 1 bukan satu tempat yang asing bagi penduduk di Kuantan. Sering menjadi tumpuan apabila adanya majlis sambutan rasmi dan juga cukup popular ketika menjelang ramadhan sebagai tempat berbuka puasa.

Namun baharu-baharu ini, seoarng penggiat bola sepak tempatan iaitu saudara Azian ALi meluahkan rasa kecewa dengan sikap pengurusan padang MPK 1 di mana ia dilihat tidak dijaga dengan baik.

PREMIUM

Ini adalah padang bola sepak rumput yang terletak di tengah bandar Kuantan di bawah selian Majlis Perbandaran Kuantan.

GAMBAR: AZIAN BIN ALI
GAMBAR: AZIAN BIN ALI

Boleh dikatakan penggunaan padang ini sungguh menggalakkan terutamanya pada waktu petang dan malam oleh pemain bola sepak daerah Kuantan sama ada golongan muda mahupun vateran.

Apa yang menyedihkan, keadaan padang yang tidak diselenggara baik terutama pada musim panas menyebabkan keadaan kedaan rumput padang kering garing. Selain faktor keselesaan pengguna, keadaan tersebut juga boleh mendatangkan bahaya.

SPONSORED

Solusi rumput kering berdebu, beliau mencadangkan pemasangan paip sprinkler untuk kesuburan rumput di padang berkenaan.

Beliau yang turut merasa kesian kepada pemain-pemain terpaksa main diatas padang yang keras dan mungkin boleh mengundang kecederaan.

Tambahnya lagi, meminta pihak berkenaan untuk menambah lampu spotlight kerana pada waktu ini mereka hanya main dalam samar-samar yang boleh merosakkan penglihatan kerana cahaya lampu tidak cukup terang.

Beliau berharap pihak Majlis Perbandaran Kuantan lebih peka dalam menangani isu ini kerana penggunaan padang ini dikenakan caj sewaan.

SPONSORED

Buat pengetahuan anda, Azuan Ali berpengalaman melibatkan diri dalam dunia bola sepak Pahang sebagai MSSM Pahang pada tahun 1986, P.Presiden Pahang 1988, Sukma 1988, Projek Bacalona 1992 dan banyak lagi.

Pada kami, Pandang MPK1 ini bukan sekadar berfungsi sebagai tempat main bola sepak sahaja, namun pada masa yang sama ia turut berfungsi sebagai pelengkap landskap yang cantik di Bandar Kuantan.

Semoga padang ini bakal subur menghijau semula. Sedap diguna serta cantik di mata pelancong dan warga tempatan.

via: Azian Bin Ali

SPONSORED

Isu kemelut bola sepak antara Sumareh dan pasukan Tok Gajah masih belum reda dan beberapa isu telah timbul.

Baca juga: Kenyataan Sumareh Selepas Hilang Dari Sukad Tok Gajah

Related Posts