fbpx

Pengalaman Rumah Rakit Kak Siti Di Temerloh Yang Menjanjikan Kelainan


Bila disebut Temerloh, orang akan terbayang makan ikan patin tenpoyak sahaja. Namun kami sendiri telah pergi ke Temerloh untuk merasai suasana keunikan bermalam di sebuah rumah rakit yang cantik di tepian Sungai Pahang.

Sebuah rumah rakit yang sangat unik kerana bukan sahaja merasi pengalaman tidur di rumah yang terapung di atas permukaan air tetapi juga suasana yang cukup berbeza bagi mereka yang ingin mencari kelainan.


Pengalaman kami sepanjang menginap dan menghirup udara segar pagi disini, tempat ini boleh dikatakan amat selesa dengan kelengkapan yang lengkap untuk anda sekeluarga. Boleh memuatkan sehingga 12 orang, sebuah rumah ini mempunyai 2 bilik dan 1 bilik air.


Diantara keperluan yang disediakan adalah seperti dapur, peti ais, meja santai, rice cooker, pemanas air, pinggan mangkuk, bot dan ruang untuk memancing sambil lepak. Bagi kaki pancing, ini sememangnya port terbaik anda boleh cuba.

Tidur disini seumpana anda berada di Tanah Tinggi kerana udara pagi sangat sejuk dan tenang sehinggakan boleh menggigil. Seawal pagi, bot-bot pemancing yang mencuba nasib di sepanjang Sungai Pahang sudah mula kelihatan mengharungi sungai.

Mempunyai kesemuanya 2 rumah rakit, tempahan perlu dibuat ataupun anda boleh walk-in sahaja disini tapi pastikan ia kosong sebelum anda datang. Kalau tidak boleh putih mata.

Bermula dari harga RM 150 untuk satu malam, mereka yang datang juga boleh menyewa bot dengan kadar yang sangat rendah dan sama ada memandu sendiri atau upah pemandu bot untuk ke port pancing.


Bagi mereka yang berminat boleh terus ke Facebook mereka atau hubungi 019-990 533 dan membuat tempahan.

Anda mungkin tidak ingin untuk melepaskan peluang mengunjungi pekan sehari yang terbesar di semenanjung Malaysia yang berada di Temerloh

Baca juga: Pekan Sehari Temerloh Adalah Yang Terbesar Di Semenanjung Malaysia

Langganan Percuma

Langgan saluran kuantanloka™ di Telegram untuk dapatkan informasi dan berita terkini terus ke telefon pintar anda.

Terkini:

Baca Juga:

Utama
Akaun
Notifikasi
Koin