fbpx

Pengalaman Berkemah Dengan ‘View’ Gunung Dan Sungai Yang Cantik Di Janda Baik


Tak boleh dinafikan, Pahang memang ada banyak tempat-tempat percutian yang menarik berlatarkan pemandangan alam semulajadi yang cantik. Janda Baik adalah salah satu destinasinya.

Sekiranya anda jenis yang suka santai dengan gaya bersenang-lenang tapi dalam masa sama mahu tenang menikmati alam semulajadi yang jauh dari kesibukkan bandar, Tanjung Hills Retreat di Janda Bai ini pasti menjadi pilihan anda.


Bawa gambaran dan perasaan seronok lebih dekat bersama anda, jom baca perkongsian pengalaman oleh Hayati Musa ini.


Misi kami untuk lari dari kesesakan ibu kota dan orang ramai tercapai.

Bukak je pintu khemah terus nampak sungai dan gunung ganang. Suasana memang nyaman, aman damai dan yang penting tak ramai orang. Apa yang best, air sungai die memang fresh sebab lokasi dia dikaki bukit sebelum mengalir ke resort dan chalet yang lain.

Dia di antara yang paling hujung atas. Retreat ini juga sebelah dengan tempat parking starting point hiking Gunung Nuang. Untuk yang minat hiking, boleh check-in sini, then pergi hiking.

Balik hiking boleh chill and bbq depan sungai. Tak perlu saya cerita apa yang menarik di Janda Baik, sebab kawasan ni dah hampir 90% orang tahu ada apa. Bbq pit ada, singki ada dan tandas yang bersih untuk campsite.


Basically tempat ni baru 1 tahun dibuka. Dijaga dengan baik. Pemilik retreat pun peramah orangnya. Senang berurusan.

Sesuai untuk buat family day sebab kawasannya luas. Phone signal, bergantung atas line. Macam kami pakai Digi, line on off.

Accommodation yang ada di sini termasuklah villa, chalet dan tapak perkhemahan. Tapi terhad. Jadi konsepnya siapa cepat dia dapat. Menurut pemilik resort, peak season selalu penuh.

Harga bagi saya, reasonable and affordable. You get what you pay. Campsite kami RM100 untuk 1 tapak. Deposit sampah RM50 untuk campsite.


Lokasi: 1 jam saja dari tol Gombak untuk sampai ke Tanjung Hills Retreat Janda Baik. Off road around 1km untuk sampai, parking and campsite memang dekat dan senang nak angkut barang kalau nak glamping.

Baca juga: Camping Di Kampung Janda Baik Dengan Konsep Safari Penuh Gaya

Langganan Percuma

Langgan saluran kuantanloka™ di Telegram untuk dapatkan informasi dan berita terkini terus ke telefon pintar anda.

Terkini:

Baca Juga:

Utama
Akaun
Notifikasi
Koin