fbpx

Penduduk Pulau Tioman Kini Menikmati Kemudahan Internet Yang Lebih Baik Dan Stabil

- Sponsor -

Susulan rangkaian gentian optik siap dipasang di Kampung Salang, Kampung Paya dan Kampung Genting, penduduk Pulau Tioman kini menikmati kemudahan internet yang lebih baik dan stabil.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, kemudahan itu memanfaatkan hampir 1,000 premis kediaman dan komersial di kampung terlibat serta kawasan sekitarnya.

Projek menaik taraf tersebut telah bermula sejak September tahun lepas. Ia merupakan sebahagian daripada pelaksanaan Jalinan Digital Negara (Jendela) bagi daerah Rompin.

Sumber: TripAdvisor.ca
Sumber: HolidayGoGoGo.com
- Sponsor-

Pelaksanaan Jendela di Rompin menyasarkan sebanyak 4,937 premis menjelang hujung tahun ini. Malah, terdapat perancangan bagi membina 32 menara telekomunikasi baharu.

Sumber: BorneoDailyBulletin.com
Sumber: MalaysiaGazette.com

Bagi projek menaik taraf stesen pemancar ke rangkaian 4G pula, ia melibatkan 121 buah stesen pemancar. 93 stesen sudah siap dinaik taraf manakala bakinya dijangka siap Mac ini.

Tambah beliau, kampung Orang Asli di Rompin juga turut terlibat dalam pelaksanaan Jendela melibatkan penyediaan internet menggunakan teknologi satelit.

- Sponsor -
- Sponsor -